Koop Sahabat tawar perkhidmatan Ar Rahnu

Koop Sahabat tawar perkhidmatan Ar Rahnu

ar rahnu
(DARI KIRI) Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral (B), Datuk Ahmad Norihan Jalal, (tengah) menyempurnakan perasmian cawangan baharu Koop Sahabat dan Program Sahabat Ar Rahnu Tawau & Kolobrasi Rakan Strategik Koop Sahabat, di Tawau, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Ar-Rahnu merupakan satu bentuk perkhidmatan kewangan Islamyang unik dan telah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi di Malaysia.

Pengerusi Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat), Mohd Najib Mohd Noor berkata, Koop Sahabat merupakan antara koperasi yang produktif dalam melebarkan aktiviti Ar-Rahnu, dalam tempoh 13 tahun penubuhannya.

“Sahabat Ar-Rahnu ditubuhkan oleh Koop Sahabat bukan hanya dari sudut aktiviti perniagaan semata-mata, tetapi ia mempunyai objektif yang lebih besar iaitu untuk member kesedaran kepada masyarakat daripada belenggu riba serta memecah monopoli pajak gadai konvensional.

“Aktiviti Sahabat Ar-Rahnu telah menyumbang sebanyak 30 peratus kepada keuntungan koperasi pada tahun 2024, serta menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dengan peningkatan sebanyak 25 peratus jumlah marhun sebanyak RM461 juta dan pengeluaran pembiayaan adalah melebihi RM346 juta berbanding tahun2023,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Sahabat Ar-Rahnu Koop Sahabat Cawangan ke-34 di Tawau yang juga merupakan cawangan pertama di negeri Sabah.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral Bersara, Datuk Ahmad Norihan Jalal.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Koop Sahabat, Mazri Mahmood.

Pada majlis sama, Koop Sahabat turut melancarkan kempen Cabutan WOW! Sahabat Ar-Rahnu 2025.

Mohd Najib berkata, kempen yang bermula 1 Januari sehingga 31 Disember 2025 akan menawarkan hadiah berjumlah RM 50,000 dengan hadiah utama berupa motosikal serta barangan elektrik serta simpanan akaun emas digital.

“Cabutan pemenang akan dibuat pada setiap suku tahun berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan,” tambahnya.

Selain itu katanya, Koop Sahabat juga menjalinkan kolaborasi bersama Global Elit Sdn. Bhd. Bagi sinergi projek e-Commerce Hub pertama di Malaysia dikenali sebagai Sahabat Elite Star.

“Program ini dirangka bagi member nilai tambah kepada anggota dalam member pendedahan dan latihan terkait penjenamaan produk dan pemasaran atas talian melalui platform Tik Tok,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya