KLCCP Stapled catat untung bersih RM1.02 bilion - Utusan Malaysia

KLCCP Stapled catat untung bersih RM1.02 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: KLCCP Stapled Group mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.02 bilion, meningkat 9.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, dipacu oleh pertumbuhan mantap merentasi semua perniagaan berbanding RM931.29 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya.

Hasil kumpukan turut naik 5.66 peratus kepada RM1.71 bilion daripada RM1.62 bilion, disokong oleh prestasi pasaran dan tumpuan strategik yang baik.

Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Property Holdings Bhd. dan KLCC REIT Management Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Salem Kailany berkata, prestasi keseluruhan kumpulan tahun lalu mencerminkan pertumbuhan yang cemerlang dalam semua segmen perniagaan, membolehkan kumpulan itu menyampaikan pembayaran dividen tertinggi sejak penyenaraiannya pada 2013.

“Dengan perbelanjaan pelanggan yang mantap dan industri pelancongan yang semakin pulih, kami tetap teguh dalam pertumbuhan kami yang berterusan.

“Ia seiring dengan komitmen kepada tumpuan strategik kami dalam memberikan nilai serta kecemerlangan kepada pemegang saham kami,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Bagi suku keempat 2024, keuntungan bersih kumpulan meningkat 12.04 peratus kepada RM430.91 juta, menokok daripada RM384.59 juta pada suku yang sama tahun sebelum ini, manakala pendapatan bertambah 3.72 peratus kepada RM459. 10 juta berbanding RM442.63 juta sebelumnya.

KLCCP Stapled mengisytiharkan dividen sebanyak 17.10 sen setiap sekuriti stapled pada suku berkenaan, menjadikan jumlah dividen bagi tahun ini kepada 44.50 sen setiap sekuriti stapled, kenaikan sebanyak 9.9 peratus daripada 2023.

Mengulas mengenai prospek, kumpulan yakin tetapi dengan berhati-hati untuk menyampaikan prestasi positif seterusnya pada tahun ini.

Ini disokong oleh kestabilan segmen pejabat yang telah menerima dorongan pajakan jangka panjang dan pengaturan pajakan tiga kali ganda.

Suria KLCC turut komited bagi mengekalkan kehadiran dalam Menara Berkembar Petronas yang ikonik dengan mengutamakan strategi yang berpusatkan pelanggan dan pertumbuhan yang mampan.

“Usaha pusat membeli-belah itu untuk meningkatkan pengalaman pelanggan serta memacu inovasi adalah penting dalam mengemudi landskap yang kompetitif termasuk usaha memupuk persekitaran yang menyokong semua pihak berkepentingan,” katanya.

Sementara itu, Mandarin Oriental terus mengukuhkan kerjasama dengan rakan kongsi KLCC bagi mencapai prestasi yang mampan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya