Kempen e-Bil #SambilBaring Air Selangor tarik 40,000 pengguna baharu

Kempen e-Bil #SambilBaring Air Selangor tarik lebih 40,000 pengguna baharu

air selangor
Kempen e-Bil #SambilBaring Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam serta berjaya menarik seramai 43,911 pengguna baharu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kempen e-Bil #SambilBaring Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor telah mendapat sambutan menggalakkan daripada orang awam serta berjaya menarik seramai 43,911 pengguna baharu.

Kempen tersebut bertujuan mengajak lebih ramai pengguna beralih kepada bil dalam talian (e-Bil), sekaligus memudahkan pengguna menguruskan pembayaran bil air dengan lebih cekap dan mesra alam.

Di samping itu, pengguna e-Bil turut mendapat notifikasi bil air serta akses kepada trend penggunaan air melalui Aplikasi MudahAlih dan Laman WebAir Selangor.

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor, Elina Baseri berkata, mereka komited untuk terus memberikan  perkhidmatan terbaik kepada 9.62 juta pengguna.

Oleh itu mereka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengguna yang telah beralih kepada e-Bil kerana melalui penglibatan mereka, kita dapat mengurangkan pengeluaran bil kertas yang seterusnya mengurangkan jejak karbon kepada alam sekitar.

“Sehingga Disember 2024, seramai 2,139,265 atau 22.24% pengguna telah beralih kepada e-Bil dan kami berhasrat untuk terus menambah bilangan pengguna e-Bil dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan.

Sebagai tanda penghargaan kepada pengguna yang telah beralih kepada e-Bil dalam tempoh kempen tersebut bermula 8 Ogos 2023 sehingga 20 Mac 2024 yang lalu, 30 pemenang utama bagi cabutan bertuah telah membawa pulang Sofa Urut GINTELL dan iPhone 15 Pro.

Selain itu, pelbagai hadiah menarik seperti jersi edisi terhad Air Selangor x Selangor FC dan e-baucar daripada rakan-rakan kolaborasi seperti PayNet, Inside Scoop, Watsons, Zus, Golden Screen Cinemas (GSC) dan Llaollao juga turut dimenangi oleh pengguna baharu yang mendaftar e-Bil.

Kempen ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Air Selangor untuk meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan digital bagi para penggunanya, sekaligus mendokong misi Air Selangor dalam memberikan pengalaman terbaik kepada para pengguna.

Bukan itu sahaja, pengguna e-Bil juga dapat menikmati komunikasi pelanggan yang lebih lancar dan seragam serta mendapat maklumat terkini berhubung perkhidmatan bekalan air secara langsung menerusi aplikasi mudah alih dan laman web Air Selangor yang telah ditambah baik.

Untuk mendaftar e-Bil, pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi mudah alih Air Selangor di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei App Gallery serta melayari laman web di www.airselangor.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya