Hong Leong Bank tidak akan buang pekerja kerana AI - Utusan Malaysia

Hong Leong Bank tidak akan buang pekerja kerana AI

KEVIN LAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hong Leong Bank Berhad (HLB) tidak mempunyai perancangan untuk membuang pekerjanya susulan perkembangan teknologi termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam operasinya.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Kevin Lam berkata, bank mempunyai kira-kira 10,000 kakitangan di seluruh kumpulan dan AI dilihat sebagai peluang untuk meningkatkan produktiviti kakitangan kami yang sedia ada.

“Kami kini bekerja keras dalam cuba melatih semula kakitangan yang kami miliki untuk berdaya tahan dan mengubah jenis pekerjaan yang tersedia hari ini kepada pekerjaan yang tersedia pada masa hadapan.

“Jadi jelas dengan peningkatan produktiviti, anda lihat dalam nisbah pendapatan kos kami, ia (AI) memberikan hasil yang sangat pantas, lebih cepat daripada yang kami jangkakan.

“Oleh itu, kami tidak menjangka terpaksa memberhentikan orang akibat daripada AI,” demikian pada taklimat media sempena Laporan Keputusan Kewangan separuh pertama tahun kewangan 2025 di Menara Hong Leong di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai DBS Group Holdings Ltd yang merancang untuk mengurangkan kira-kira 4,000 pekerja kontrak dan kakitangan sementaranya dalam tempoh tiga tahun akan datang memandangkan AI semakin mengambil peranan yang dijalankan oleh manusia.

Kevin berkata, sejak 18 bulan lalu, pihaknya membuat pelaburan untuk teknologi dan tenaga kerja dan bank sedar ia mungkin perlu meningkat sedikit sebelum kembali turun.

Beliau berkata, pihaknya telah melihat hasilnya apabila HLB berjaya mencapai kadar kos ke atas pendapatan sebanyak 38.8 peratus bagi tempoh separuh pertama tahun kewangan 2025.

“AI nampaknya benar-benar dapat meningkatkan produktiviti di beberapa bahagian bank, saya lihat dalam beberapa hasil awal seperti pengumpulan data, penggunaan pemasaran harian dan pelbagai lagi,” ujarnya.

Ketika ditanya apa yang membezakan HLB dengan DBS, beliau berkata, berkemungkinan kumpulan melibatkan pelbagai negara dan jumlah kakitangan mereka yang hampir 40,000 orang.

“Seperti yang and tahu, kami sudah mencapai nisbah pendapatan kos di bawah 40 peratus. Saya rasa nisbah pendapatan kos DBS melebihi 40 peratus,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya