Glomac serah rumah RSKU Seri Kenanga, Saujana Perdana

Glomac serah rumah RSKU Seri Kenanga, Saujana Perdana

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelana Kualiti Sdn. Bhd. (KKSB), sebuah anak syarikat milik penuh Glomac Berhad, menyerahkan kepada para pemilik, Serahan Milikan Kosong rumah RSKu ‘Seri Kenanga’, Saujana Perdana, yang terletak di dalam perbandaran Bandar Saujana Utama.

Projek rumah bandar sebanyak 178 unit yang dibangunkan ini merupakan sebahagian daripada komitmen Kumpulan Glomac Berhad kepada Kerajaan Negeri dalam menyediakan perumahan mampu milik di bawah skim ‘Rumah Selangorku’ (RSKU).

Glomac berkata, ‘Seri Kenanga’ menampilkan konsep hibrid rumah bandar bertingkat iaitu dua 1/2 tingkat yang mempamerkan gabungan konsep moden dan kontemporari. 

“Dengan keluasan binaan 1,200 kaki persegi, setiap unit rumah bandar yang bersaiz 24’x 65’ dilengkapi dengan tempat letak kereta, tiga bilik tidur, dua bilik mandi dengan harga bermula dari RM250,000.00 setiap unit.

‘Seri Kenanga’ merupakan kediaman jenis rumah bandar mampu milik RSKU kedua yang dibangunkan oleh Kelana Kualiti Sdn. Bhd. di Saujana Perdana, di mana sesi penyerahannya adalah lebih awal daripada yang dijadualkan manakala, pada Jun 2022, terdapat 180 unit rumah bandar mampu milik ‘Seri Kenari’ telah diserahkan kepada pembelinya,” katanya dalam kenyataan.

Dalam merealisasikan sokongannya yang berterusan kepada dasar perumahan awam kerajaan Negeri Selangor, dan inisiatif negara dalam membina rumah mampu milik kepada penduduk,

Glomac Berhad setakat ini telah membina sebanyak 1,549 unit perumahan mampu milik di Bandar Saujana Utama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya