Glomac lancar Sukuk Wakalah RM3 bilion - Utusan Malaysia

Glomac lancar Sukuk Wakalah RM3 bilion

DATUK Seri FD Iskandar FD Mansor (dua dari kiri) dan Michael Oh-Lau (dua dari kanan) menunjukkan program nota jangka sederhana Islam Sukuk Wakalah disaksikan oleh Pengarah Eksekutif Glomac Bina, FD Idzham FD Iskandar (kiri) dan Ketua Kumpulan Maybank Pegawai Eksekutif, Perbankan Global, Datuk John Chong (kanan) di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Glomac Bhd. memeterai kerjasama strategik dengan Maybank bagi memperkukuh kedudukan kewangannya melalui penerbitan Sukuk Wakalah bernilai sehingga RM3 bilion.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Glomac Berhad, Datuk Seri FD Iskandar Tan Sri FD Mansor berkata, program Sukuk Wakalah itu akan mengukuhkan simpanan kewangan kumpulan dan membuka peluang untuk pemerolehan tanah baharu.

“Ia juga akan membolehkan Glomac mengoptimumkan beberapa liabiliti yang mempunyai kadar faedah tinggi.

“Program ini memberi akses kepada modal apabila diperlukan dan merupakan langkah strategik oleh Glomac untuk berada dalam kedudukan yang membolehkan kami mengambil peluang apabila ia muncul.

“Inisiatif ini membuka laluan kepada kestabilan kewangan dan pertumbuhan yang lebih kukuh.

“Sebagai penerbit, saya teruja dengan kerjasama strategik kami dengan Maybank dan percaya bahawa inisiatif ini akan meningkatkan kredibiliti serta kedudukan pasaran Glomac sebagai salah satu pemaju pilihan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Maybank Investment Bank Berhad bertindak sebagai Penasihat Utama Tunggal, Pengatur Utama Tunggal, dan Pengurus Utama Tunggal, manakala Maybank Islamic Berhad adalah Penasihat Syariah bagi Program Sukuk Wakalah itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Berhad, Michael Oh-Lau berkata, Program Sukuk Wakalah itu direka khusus dan dinamik bagi memberikan Glomac fleksibiliti maksimum untuk menerbitkan Sukuk sama ada yang diberi penarafan atau tidak.

“Ia dengan pilihan format lestari bagi memenuhi keperluan pembiayaan semasa dan masa depan sejajar dengan trajektori pertumbuhan Glomac.

“Maybank berbesar hati memainkan peranan penting dalam usaha sulung Glomac memasuki pasaran modal hutang dengan menyediakan penyelesaian yang lancar dan menyeluruh melalui kekuatan kami dalam perbankan global, pasaran modal, dan kewangan Islam,” ujarnya.

Sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjangnya, Glomac sedang meneroka peluang untuk mempelbagaikan perniagaan ke bidang yang selari dengan perniagaan terasnya dalam pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, dan sektor pembinaan, termasuk inisiatif tenaga hijau.

Glomac memiliki portfolio tanah strategik yang kukuh dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan sekitar RM7 bilion, menjadikan kumpulan bersedia untuk pembangunan berterusan pada tahun-tahun mendatang.

Fokus utama Glomac akan tertumpu kepada pasaran Greater KL dan Johor, dengan pembangunan perbandaran kediaman mampu milik hingga pertengahan pasaran, di mana ia telah membina rekod prestasi yang kukuh serta dikenali sebagai pemaju yang dipercayai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya