Genting Malaysia serah sumbangan RM50,000 kepada Yayasan Veteran ATM - Utusan Malaysia

Genting Malaysia serah sumbangan RM50,000 kepada Yayasan Veteran ATM

(Dua dari kiri) Lee Thiam Kit, Presiden Genting Malaysia Berhad, menyerahkan sumbangan Tabung Pahlawan berjumlah RM50,000 kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua dari kanan), disaksikan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari (kanan).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) menyerahkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Tabung Pahlawan Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menurut kenyataan, sumbangan itu adalah manifestasi komitmen Genting Malaysia sebagai syarikat korporat di dalam menyantuni dan menyokong para veteran ATM yang telah berjuang demi keamanan dan keselamatan negara.

“Yayasan Veteran ATM bertekad untuk memantapkan program kebajikan mereka melalui sumbangan korporat dan pelaburan yang berterusan.

“Selain itu, yayasan ini bergerak aktif di dalam meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda dan belia melalui pelbagai program kesedaran serta inisiatif yang bersifat patriotik.

“Golongan muda belia menghargai setiap pengorbanan dan jasa para Veteran ATM dan memberikan komitmen untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi demi menjaga legasi mulia mereka,” katanya.

Genting Malaysia berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada inisiatif yang penuh bermakna itu.

“Kami berazam untuk terus memberikan sokongan padu kepada para pahlawan negara kita. Majulah negara demi masa depan yang lebih gemilang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya