PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 10.66 mata kepada 1,585.17 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,565.63 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,576.43.
Jumlah dagangan sebanyak 2.93 bilion unit bernilai RM2.10 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 489 berbanding 388 dengan 514 kaunter tidak berubah dan 910 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menaik 235.05 mata atau 0.61 peratus kepada 39,066.53 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 1.10 peratus kepada 2.536.75 manakala, Indeks STI Singapura naik 12.18 peratus kepada 3.827.55. – UTUSAN