PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 1.10 mata kepada 1,579.78 pada pukul 9.01 pagi hari ini, berbanding 1,580.88 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,580.62.
Jumlah dagangan sebanyak 174.05 juta unit bernilai RM40.36 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 115 berbanding 103 dengan 239 kaunter tidak berubah dan 1,897 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menurun 337.94 mata atau 0.86 peratus kepada 39,826.67 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 0.48 peratus kepada 2.658.27, manakala indeks STI Singapura turun 0.19 peratus kepada 3.926.73.-UTUSAN