PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 2.41 mata kepada 1,582.43 pada pukul 9.02 pagi hari ini, berbanding 1,584.84 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka rendah 1,583.22.
Jumlah dagangan sebanyak 75.28 juta unit bernilai RM38.53 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 112 berbanding 94 dengan 224 kaunter tidak berubah dan 1,895 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 49.72 mata atau 0.13 peratus kepada 39,220.68 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 1.29 peratus kepada 2.662.97 dan Indeks STI Singapura turun 0.45 peratus kepada 3.943.23.-UTUSAN