Agrobank Cawangan Bukit Pelandok beri kemudahan komuniti pertanian - Utusan Malaysia

Agrobank Cawangan Bukit Pelandok beri kemudahan komuniti pertanian

AMINUDDIN Harun (dua dari kiri) melihat kemudahan perbankan Agropoint di Bukit Pelandok, Port Dickson baru-baru ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Agrobank memperluas ekosistem perbankannya di luar bandar menerusi pembukaan cawangan ke-213 di Bukit Pelandok, di sini baru-baru ini.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, pembukaan cawangan itu sekali gus mencapai Hasrat syarikat perbankan itu bagi menyediakan perkhidmatan yang mudah diakses di samping menyokong pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar.

Menurutnya, cawangan terbaharu itu dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk perbankan moden dan perkhidmatan perbankan komprehensif merangkumi pembukaan akaun hingga perkhidmatan takaful dan penulisan wasiat.

“Fasiliti ini tidak hanya meluaskan rangkaian fizikal tetapi komitmen kami terhadap keterangkuman kewangan dan pembangunan komuniti.

“Sebagai bank pertama menubuhkan rangkaian fizikal dengan perkhidmatan kaunter di kawasan ini, Agrobank memenuhi mandat menyediakan perkhidmatan kepada komuniti yang kurang mendapat perhatian terutama dalam sektor pertanian,” katanya pada Majlis Perasmian Agropoint di Bukit Pelandok di sini baru-baru ini.

Majlis dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Ahli Parlimen Port Dickson.

Dalam pada itu, Tengku Ahmad Badli Shah berkata, cawangan tersebut juga sudah pasti memberikan kemudahan dan perkhidmatan kepada kira-kira 20,000 penduduk di kawasan sekitar khususnya yang terlibat dalam pelbagai aktiviti pertanian.

Sementara itu, Aminuddin juga berkata, kemudahan berkenaan bukan sekadar menjadi rangkaian perbankan tetapi dapat membantu komuniti pertanian melalui khidmat nasihat produk pembiayaan runcit dan mikro.

“Lokasi ini adalah kawasan pertanian dan penternakan, pasti bukan sahaja memudahkan penduduk membuat penyimpanan dan pengeluaran wang harian tetapi juga bantuan dari segi sokongan atau kewangan untuk usahawan mikro,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya