11 PKS rekod potensi jualan  RM140 juta di Gulfood Dubai

11 PKS tempatan rekod potensi jualan  RM140 juta di Gulfood Dubai

MENARA SME Bank
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) membawa 11 syarikat tempatan ke pentas antarabangsa, merekodkan potensi jualan eksport berjumlah RM140 juta di Gulfood Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini. 

Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut SME Bank menyertai pameran perdagangan makanan dan minuman terbesar di dunia, yang berfungsi sebagai platform strategik bagi usahawan meneroka peluang baharu serta mengembangkan pasaran mereka ke peringkat global.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim berkata, sejak penyertaan pertama dalam Gulfood pada 2023, SME Bank telah berjaya membawa 33 syarikat Malaysia ke peringkat antarabangsa dengan mencatatkan potensi jualan eksport melebihi RM378 juta. 

“Menerusi inisiatif Export Acceleration Mission (EAM), kami memperkasakan perniagaan tempatan melalui Business Exports Programme (BEP), sebuah inisiatif di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). 

“Dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), inisiatif ini juga mengukuhkan kehadiran usahawan Malaysia di pasaran antarabangsa dan membuka lebih banyak peluang eksport,” katanya dalam kenyataan.

Acara selama seminggu itu juga menyaksikan World Prominence Sdn. Bhd., satu daripada syarikat di bawah inisiatif BEP telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Senior Global LLC, UAE. 

Dalam pada itu, dua syarikat melancarkan inovasi produk terbaharu mereka dengan Nims Adeliciousz Sdn. Bhd. memperkenalkan inovasi produk terbaharunya, termasuk Nims Cereal, Nims Choco Sauce, Nims Spread, Nims Liquid Chocolate dan Nims Beverage Choco Drinks. 

Sementara itu, BS Fitness Nutrition Sdn. Bhd. melancarkan inovasi terbaharu mereka iaitu BS Protein Cookies, produk yang bukan sahaja berkhasiat tetapi juga lazat untuk menyokong kesihatan dan kecergasan.

Gulfood 2025 menyediakan platform dinamik untuk perusahan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia berhubung dengan pembeli, pengedar dan pelabur antarabangsa. 

SME Bank telah memanfaatkan peluang ini untuk membantu PKS Malaysia untuk membantu syarikat tempatan mempamerkan produk unik mereka serta meneroka pasaran global dengan lebih meluas.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya