PETALING JAYA: Shopee mengukuhkan komitmennya untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.
Sepanjang tahun 2024, jenama, penjual, dan ahli affiliate tempatan mencatatkan pertumbuhan hebat, termasuk peningkatan dalam metrik utama seperti pertumbuhan ahli affiliate dan penglibatan strim langsung.
Ini mencerminkan impak transformasi Shopee terhadap landskap e-dagang Malaysia. Bersama-sama, mereka membawakan pengalaman membeli-belah yang inovatif, menarik, dan lancar kepada berjuta rakyat Malaysia seluruh negara.
Shopee Live Pacu Pertumbuhan dan Meluaskan Peluang untuk Penjual
Penjual Shopee Live mencapai kejayaan hebat tahun lalu dengan memanfaatkan penglibatan dan demonstrasi produk secara langsung untuk membina kepercayaan serta berhubung dengan lebih bermakna bersama pelanggan.
Dengan menyertai kempen Shopee dan menggunakan ciri-ciri platform seperti baucar Shopee Live eksklusif dan alat penglibatan pengguna berinteraktif, penjual berjaya memaksimumkan kecapaian mereka.
Pendekatan menyeluruh ini menghasilkan peningkatan 300% dalam jumlah penonton unik sepanjang tahun serta peningkatan 37 kali ganda jumlah tontonan yang mencecah 77 billion tontonan sepanjang tahun.
Jenama dan penjual tempatan yang mencapai hasil jualan lebih RM1 juta melalui Shopee Live pada tahun 2024 mencatatkan peningkatan sehingga 11 kali ganda dalam jumlah pesanan.
Jenama terkemuka yang memperoleh hasil jualan lebih RM5 juta pula menyaksikan lonjakan sepuluh kali ganda dalam jumlah pesanan, manakala penjual tempatan yang memperoleh lebih RM500,000 meningkatkan pesanan mereka sebanyak empat kali ganda menerusi ciri strim langsung.
Antara penjual cemerlang termasuk Panda Eyes, Elgini, Gun Pet Outlet & Simba Shop, dan Kedai Abang Syukor yang berjaya berhubung dengan penonton, mempamerkan produk, dan memaksimumkan alat platform, menjadikan sesi strim langsung mereka sebuah kisah kejayaan yang mengagumkan.
Shopee Affiliate Pacu Jualan dan Meningkatkan Keterlihatan Penjual
Pada tahun 2024, Shopee Affiliate mentransformasikan landskap e-dagang dengan meningkatkan keterlihatan penjual serta membuka aliran pendapatan baharu.
Penyertaan Shopee Affiliate meningkat sebanyak 161%, bertambah lebih dari dua kali ganda, dan memacu peningkatan 80% dalam jumlah pesanan jenama dan penjual tempatan.
Ahli affiliate juga memanfaatkan Shopee Live, dengan strim langsung yang dijalankan oleh ahli affiliate meningkat 16 kali ganda dan menghasilkan lonjakan 1,200% dalam pesanan berbanding tahun sebelumnya.
Antara ahli affiliate cemerlang ialah Nurul Syuhana dan Celeste Phuah, pemenang anugerah ‘Shopee Affiliate 2 Million Ringgit Club’ dan ‘Shopee Affiliate 5 Million Ringgit Club’.
Anugerah ini mengiktiraf ahli affiliate yang mencapai peringkat RM2 juta dan RM5 juta dalam pencapaian jualan untuk perniagaan tempatan di Shopee.
Kejayaan mereka menyerlahkan bagaimana ahli affiliate memacu pertumbuhan jualan untuk penjual.
Dengan menggabungkan usaha mereka dengan penstriman langsung, mereka berjaya meningkatkan jualan sambil mewujudkan hubungan bermakna dengan penonton.
Ini memaparkan impak transformasi ekosistem ahli affiliate dan penstriman langsung Shopee.
Shopee Video Buka Saluran Penglibatan Pengguna Baharu
Sejak dilancarkan pada April 2024, Shopee Video menjadi alat penting untuk penjual dan ahli affiliate.
Lebih tujuh juta video telah dicipta, dengan ahli affiliate menyumbang 68% daripada jumlah kandungan. Video-video ini berjaya memacu lebih 500,000 pesanan sambil membina keyakinan pembeli melalui demonstrasi produk yang jelas.
Membawakan Pengalaman Berkualiti melalui Nilai, Kemudahan, dan Penjimatan
Komitmen Shopee untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah telah menyaksikan peningkatan ketara dalam penglibatan pembeli terhadap ciri dan perkhidmatan utama Shopee.
Pada tahun 2024, seramai 14 juta rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada Baucar Penghantaran Percuma.
Pilihan Same Day Delivery, yang membolehkan pembeli menerima pesanan yang dipesan sebelum pukul 2 petang pada hari yang sama, mencatatkan peningkatan penggunaan sebanyak 84 kali ganda pada tahun 2024.
Pilihan Self Collection, yang menawarkan kemudahan mengambil sendiri pesanan dari lebih 1,200 lokasi perkhidmatan Self Collection di seluruh negara, mencatatkan peningkatan penggunaan sebanyak enam kali ganda.
Lonjakan dalam penglibatan ini mencerminkan dedikasi Shopee untuk menyediakan pengalaman membeli-belah yang cekap agar dapat memenuhi keperluan pembeli yang pelbagai, dan memperkasakan mereka dengan fleksibiliti.
“Tahun 2024 adalah tahun yang penuh dengan pencapaian hebat untuk Shopee, yang menunjukkan kuasa e-dagang dalam memperkasakan perniagaan tempatan dan meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia.
“Pertumbuhan kami sepanjang tahun ini menekankan komitmen kami untuk memenuhi keperluan jenama, penjual, ahli affiliate, dan pembeli yang semakin berkembang melalui penyelesaian inovatif dan ciri platform baharu.
“Shopee akan terus melabur dalam inisiatif yang membolehkan perniagaan tempatan berkembang maju, meningkatkan pengalaman membeli-belah untuk pengguna kami, dan menyumbang secara positif kepada ekonomi digital Malaysia,” kata Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Tan Ming Kit. – UTUSAN