SC perluas pilihan pembiayaan kepada MSME, kontraktor kecil - Utusan Malaysia

SC perluas pilihan pembiayaan kepada MSME, kontraktor kecil

SURUHANJAYA Sekuriti
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti (SC) melancarkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan peer-to-peer (P2P) yang berdaftar di bawah sistem perolehan elektronik kerajaan.

SC berkata, skim pembiayaan alternatif ini berkuat kuasa serta-merta, bertujuan untuk menangani keperluan modal kerja bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) serta kontraktor kecil yang menyertai kontrak kerajaan dalam bidang bekalan, perkhidmatan atau kerja-kerja.

“SARANA menawarkan dua pilihan pembiayaan utama, iaitu pembiayaan invois, yang menyokong aliran tunai selepas penghantaran kontrak dan pembiayaan untuk pelaksanaan kontrak (pra-pembiayaan), untuk menampung keperluan modal kerja awal kontraktor sebelum projek dilaksanakan.

“Pengendali platform P2P yang terlibat adalah Bay Smart Capital Ventures Sdn. Bhd. (pembiayaan syariah), B2B Finpal Sdn. Bhd., Capsphere Services Sdn. Bhd. (pembiayaan syariah), Crowd Sense Sdn. Bhd.(pembiayaan syariah), P2P Nusa Kapital Sdn. Bhd. (pembiayaan syariah), FBM Crowdtech Sdn. Bhd., MicroLEAP PLT (pembiayaan syariah), Modalku Ventures Sdn. Bhd. (pembiayaan syariah) serta Moneysave (M) Sdn. Bhd.(pembiayaan syariah),” katanya dalam kenyataan.

Tambah SC, dengan sokongan kerajaan terhadap pembiayaan P2P yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2025, SARANA menyediakan alternatif yang berdaya maju untuk menampung kekurangan pembiayaan kritikal, terutamanya bagi syarikat yang menghadapi cabaran dalam mengakses pembiayaan tradisional.

“Inisiatif ini yang membolehkan akses ke pasaran modal melalui pengendali platform P2P juga selaras dengan Peta Jalan 5 Tahun SC untuk Memangkin Akses MSME dan MTC ke Pasaran Modal (2024 hingga 2028),” katanya.
Sejak pengenalan rangka kerja pengawalan P2P oleh SC pada tahun 2016, pengendali platform P2P yang berdaftar telah memainkan peranan penting dalam menangani keperluan pembiayaan bagi syarikat yang berdaftar di Malaysia.

Sehingga 30 September 2024, pembiayaan P2P telah berjaya mengumpul jumlah sebanyak RM7.9 bilion. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya