Sarawak selesai pengambilalihan MASwings - Utusan Malaysia

Sarawak selesai pengambilalihan MASwings

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sarawak telah menyelesaikan pengambilalihan MASwings Sdn. Bhd., membuka jalan kepada negeri itu untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri.

Perkara itu disahkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.

“MASwings beres (MASwings telah diselesaikan). Ini bermakna kami telah mengambil alih MASwings,” katanya  kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan khas sempena ulang tahun kelapan memegang jawatan Premier.

Abang Johari berkata, Sarawak telah memperoleh MASwings pada harga yang dipersetujui, yang tidak didedahkannya.

Beliau berkata majlis menandatangani pengambilalihan itu akan berlangsung dalam masa sebulan, berkemungkinan di Kuching.

Ditanya mengenai nama baharu syarikat penerbangan itu, beliau berkata ia akan diumumkan selepas majlis menandatangani perjanjian itu.

Bulan lepas, Abang Johari berkata pengambilalihan Sarawak ke atas MASwings dijangka selesai pada suku pertama tahun ini, sementara menunggu penilaian aset MASwings. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya