PETALING JAYA: Tahun 2025 menandakan satu pencapaian penting bagi Resorts World Genting (RWG) sempena meraikan enam dekad kejayaan sebagai sebuah destinasi resort bersepadu yang unggul.
Sepanjang tempoh ini, RWG telah menjadi resort yang menawarkan pelbagai detik kegembiraan, keseronokan, dan kenangan indah yang sangat dihargai oleh berjuta-juta pengunjung dari seluruh dunia.
Kejayaan yang luar biasa ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan teguh daripada para pengunjung yang terus memilih RWG sebagai destinasi percutian pilihan mereka.
Sebagai penghormatan kepada pencapaian ini, kata Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran, dan Perhubungan Awam, Spencer Lee, dalam meneruskan legasi 60 tahun dalam mencipta kenangan bermakna buat para pengunjung, RWG memulakan sambutan Jubli Intan ini dengan ‘Tahun Baharu Cina di Puncak Awan’, menawarkan pelbagai acara menarik, persembahan yang menakjubkan dan ganjaran yang luar biasa.
Katanya, sambutan itu bermula 10 Januari hingga 16 Februari 2025. Sertai pelbagai aktiviti menarik dan rebut peluang memenangi hadiah bernilai RM1.8 juta yang menanti pengunjung.
“Sertai kami di Arena of Stars untuk meraikan saat gemilang Tahun Baharu Cina yang penuh meriah dari jam 6 petang hingga 1 pagi.
“Nikmati persembahan hebat yang pasti memukau, termasuk tarian yang mempesona, sesi bertemu peminat, gabungan muzik menggegarkan oleh DJ Von dan MC Silent, persembahan
orkestra Cina, perarakan Tahun Baharu Cina yang meriah, aksi Kung-Fu yang mendebarkan, dan banyak lagi! Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan kemeriahan sambutan ini sepenuhnya.
“Rebut dan Menang Hadiah Lumayan Bernilai RM1,288,888 Sertai acara menarik Auspicious Grab & Win! dari 29 Januari hingga 16 Februari di Madison Square pada jam 6 petang hingga 11 malam! Dengan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM60 atau jika anda berusia 60 tahun ke atas, anda layak menerima satu penyertaan percuma.
“Masuk ke dalam Mesin Wind Chamber dan kumpul sebanyak mungkin kad bertuah dalam masa 15 saat!
“Semakin banyak kad yang anda kumpul, semakin tinggi peluang untuk memenangi hadiah utama yang menakjubkan, termasuk pakej pelayaran, penginapan di hotel mewah, eksklusif Tahun
Baharu Cina, baucar makanan & minuman, dan juga syiling emas,” katanya.
Sementara itu pengunjung berpeluang turut serta dalam acara ekkslusif pada hari Sabtu 1, 8, 12 dan 15 Februari untuk merebut peluang memenangi Bar Emas Tulen dan hadiah hebat yang lain.
Berbelanja RM600 atau lebih dalam satu resit dan daftarkan diri di Madison Square antara pukul 6 petang hingga 7:30 malam untuk mengesahkan penyertaan.
Acara ini akan berlangsung dari pukul 8.30 malam hingga 9.30 malam di mana lima peserta terbaik berpeluang mengumpul hadiah terbanyak dalam masa 15 saat dan menangi pelbagai hadiah menarik.
Pengunjung juga boleh menyertai kempen Belanja dan Menang Hadiah Bertuah yang berlangsung dari 1 Januari hingga 28 Februari 2025, yang menawarkan ganjaran menarik kepada ahli setia Genting Rewards dan ahli baru.
Pengunjung hanya perlu berbelanja di tempat-tempat selain daripada kawasan permainan untuk mengumpul Genting Points (GP) dan menebus baucar bagi menyertai aktiviti Touch & Win.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen ini atau Genting Rewards, kunjungi Kaunter Genting Rewards di Aras 3, SkyAvenue. Kaunter ini dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 10.30
malam.
Pengunjung juga boleh merasai pengalaman Lou Sang di ketinggian 6,000 kaki dari atas paras laut pada pukul 3 petang atau 6 petang.
Hanya dengan RM88 untuk dua orang, nikmati hidangan istimewa seperti Yee Sang segar, nian gao rangup dan bola pulut bijan manis.
Kimhua Atrium pula menawarkan pelbagai pertunjukkan menarik setiap hari dari 10 Januari hingga 16 Februari, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Antara tarikan utama termasuk sesi bergambar bersama Wira-Wira Genting Highlands, pertunjukan tarian singa, persembahan orkestra Cina secara langsung, serta pertunjukan tarian Choy San Yeh dan tarian pari-pari.
Semasa berada di sana, jangan lepaskan peluang untuk meneroka tiga bilik imersif yang mana setiap ruang memberikan peluang untuk merakam kenangan berharga yang dapat dikongsikan
bersama insan tersayang, baik yang dekat mahupun jauh, sempena musim perayaan ini.
Madison Square di Taman Tema Genting Skyworlds turut meriah dengan perayaan dari pukul 6 petang hingga 11 malam, dan dilanjutkan hingga 1 pagi pada 28 Januari.
Nikmati persembahan setiap malam, pertunjukan bertemakan Tahun Baharu Cina, permainan interaktif, gerai makanan, serta suasana karnival yang meriah sambil menikmati udara luar yang sejuk.
Akhir sekali, pastikan anda mengunjungi patung ular yang menarik di luar SkyCasino, simbol keberuntungan untuk tahun yang akan datang.