Rizab antarabangsa BNM mencukupi dalam ketidaktentuan ekonomi - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM mencukupi dalam ketidaktentuan ekonomi

opr
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$116.2 bilion pada 31 Disember 2024, menyediakan penampan yang mencukupi terhadap gangguan yang tidak dijangka dalam perdagangan global atau pasaran kewangan, kata penganalisis.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME), Carmelo Ferlito berkata, berdasarkan pengiraan BNM, paras rizab ini sepatutnya dapat membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan.

Katanya, terdapat peningkatan dalam rizab antarabangsa dari tahun ke tahun yang menunjukkan ia berada pada paras yang baik.

“Daripada memberi penekanan pada penurunan sedikit dari tempoh sebelumnya pada Disember, adalah lebih baik melihat tempoh yang lebih panjang yang mempunyai sedikit peningkatan.

“Ini bermakna bank pusat cuba untuk membina lebih penampan untuk berdaya tahan dan mampan. Jangka pendek mungkin disebabkan faktor kontinjen dan dalam perspektif yang lebih panjang adalah baik untuk berdaya tahan dan mampan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau yang merupakan Ahli Fakulti di Universitas Prasetiya Mulya berkata demikian ketika mengulas mengenai rizab antarabangsa BNM bagi akhir 2024.

Semalam, BNM mengumumkan rizab antarabangsanya berjumlah AS$116.2 bilion pada 31 Disember 2024, susut berbanding AS$118.1 bilion pada 13 Disember 2024.

Bagaimanapun, jumlah tersebut melonjak berbanding akhir 2023 iaitu AS$113.5 bilion pada 29 Disember 2023.

Sementara itu, beliau berkata, ketidaktentuan pada senario global kekal sebagai elemen utama untuk diambil kira dan sentiasa berada di bawah pada 2025.

“Elemen lain ialah bagaimana kerajaan Malaysia akan melaksanakan komitmennya terhadap tanggungjawab fiskal, yang tanpanya kita tidak boleh mempunyai kestabilan harga,” ujarnya.

Mengulas mengenai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025, beliau tidak menyatakan unjurannya dan percaya ramalan KDNK kuantitatif adalah untuk peramal atau ahli ekonomi yang percaya mereka adalah peramal.

“Pertumbuhan KDNK tidak bermakna, yang penting ialah bagaimana KDNK dibina.

“Nota terbesar pada tahun 2024 adalah peranan yang semakin meningkat dari segi relatif pelaburan berbanding penggunaan. Apa yang perlu kita sasarkan adalah selaras dengan trend ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya