Ringgit dijangka bertahan pada RM4.50 minggu pertama 2025 - Utusan Malaysia

Ringgit dijangka bertahan pada RM4.50 minggu pertama 2025

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit dijangka bertahan pada julat sekitar RM4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk minggu baharu 2025, kata penganalisis ekonomi.

Mata wang tempatan dibuka pada 4.4570/4630 berbanding dolar AS semalam.

Penganalisis ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, kedua-dua pasaran ekuiti dan mata wang ringgit diunjur didagangkan berhati-hati oleh para pengurus dana.

Katanya, faktor makroekonomi luar negara tetap berpengaruh besar kepada arah pasaran iaitu antaranya hala tuju kadar faedah monetari Rizab Persekutuan (Fed) AS yang dijangka akan menurunkan sedikit sahaja pada 2025, berbanding jangkaan pasaran terdahulu.

“Selain itu, pasaran juga menunggu hala tuju ekonomi terbesar dunia, AS selepas Presiden Donald Trump mengangkat sumpah pada 20 Januari nanti dan apakah beliau akan melaksanakan kenaikan tarif import kepada China, Canada dan Mexico yang dijangka memberi kesan besar kepada pertumbuhan perdagangan dunia.

“Begitu juga, apa tindakan kepemimpinan baharu AS dalam kepada negara-negara dalam BRICS termasuk Malaysia dan negara lain yang akan menyertai blok ekonomi tersebut secara rasmi yang juga pada Januari,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau menambah, mata wang AS juga dijangka terus mengukuh dengan faktor-faktor tadi dan ia juga dibantu oleh faktor seperti krisis geopolitik di Asia Barat dan Eropah Timur yang semakin meruncing dan berpotensi berskala lebih besar.

“Seperti biasa, krisis geopolitik ini akan menyebabkan para pengurus dana akan berubah kepada pegangan mata wang AS dan juga bon-bon terbitan kerajaan AS,” ujarnya.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn. Bhd dalam nota penyelidikan yang mengulas mengenai strategi suku pertama 2025 berkata, hala tuju ringgit akan menjadi penting.

“Peningkatan ketara ringgit daripada RM4.70 hingga RM4.80 berbanding dolar AS kepada sekitar RM4.10 pada akhir September 2024 memberi kesan positif kepada sektor domestik seperti pengguna dan pembuatan.

“Bagaimanapun, dengan ringgit yang semakin lemah ke arah RM4.50 pada suku keempat 2024, kami menjangkakan potensi peningkatan dalam tekanan belian dalam saham yang dipacu eksport seperti teknologi dan sarung tangan pada suku pertama 2025,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya