RHB lanjut Program Bantuan Banjir sehingga akhir Februari 2025

RHB lanjut Program Bantuan Banjir sehingga akhir Februari 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Perbankan RHB (RHB) melanjutkan Program Bantuan Banjir sehingga akhir Februari 2025 bagi menyediakan sokongan kewangan segera dan jangka panjang kepada pelanggan di Sarawak dan Sabah yang terkesan akibat banjir baru-baru ini. 

Selain menawarkan bantuan pembayaran kepada pelanggan, RHB juga akan menyalurkan bantuan komuniti di lapangan bagi menyokong mangsa banjir dalam usaha pemulihan mereka.

Program Bantuan Banjir itu bertujuan untuk membantu individu, perusahan kecil, mikro dan sederhana (PMKS) di Sabah dan Sarawak dalam proses pemulihan mereka.

Pengarah Urusan Kumpulan Perbankan Komuniti, RHB Banking Group, Jeffrey Ng berkata, RHB berharap usaha ini dapat meringankan beban kewangan tambahan yang ditanggung oleh mangsa banjir serta menyediakan dana yang diperlukan bagi membantu komuniti terjejas membina semula kehidupan dan mata pencarian mereka. 

Jelasnya, kekerapan bencana cuaca ekstrem seperti ini juga menekankan keperluan mendesak terhadap agenda kemampanan, khususnya dalam menangani perubahan iklim.

“Situasi banjir di Sabah dan Sarawak telah memberi kesan yang besar kepada banyak individu dan perniagaan. 

“RHB komited untuk memastikan pelanggan kami menerima sokongan kewangan yang diperlukan dalam tempoh yang mencabar ini. 

“Kami menggalakkan semua pelanggan yang terjejas untuk menghubungi kami bagi mendapatkan bantuan yang tersedia,” katanya dalam kenyataan. 

Bagi pelanggan individu yang layak, RHB menawarkan bantuan kewangan untuk meringankan beban mereka, termasuk penangguhan pembayaran sehingga enam bulan (Februari hingga Julai 2025) untuk pembiayaan perumahan, pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB)/pembiayaan-i, Pinjaman Peribadi/Pembiayaan-i dan pembiayaan Sewa Beli/-i. 

“Selain itu, RHB menyediakan pengecualian caj: pengecualian caj lewat bayar, faedah/caj pengurusan pada Kad Kredit/-i yang terjejas, sehingga RM500 (Februari hingga Julai 2025). 

“Pengecualian juga diberi untuk yuran penggantian Kad ATM, Kad Debit/-i, dan Kad Kredit/-i,” katanya. 

Sementara itu, RHB memaklumkan, bagi pelanggan PKS yang layak dan tidak terlibat dalam program penyusunan semula atau penjadualan semula boleh memohon untuk bantuan pembayaran sehingga enam bulan (Februari hingga Julai 2025) untuk pelbagai kemudahan pembiayaan, termasuk Sewa Beli/-i, Pinjaman Pembiayaan/-i, faedah/profit Overdraf/-i, pembayaran bil Multi Trade Line/-i. 

“Kemudahan Bantuan Bencana (DRF): mikro, kecil dan sederhana perniagaan (MSME) boleh mengakses pembiayaan sehingga RM700,000 pada kadar istimewa untuk membantu pemulihan perniagaan,” katanya. 

Jeffrey Ng berkata, selain daripada bantuan kewangan, RHB juga akan menyediakan sokongan komuniti kepada mangsa banjir. 

“Kami menyedari kepentingan membina semula mata pencarian dan sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang kami, RHB sedang meneroka inisiatif impak sosial tambahan untuk membantu komuniti yang terjejas dalam proses pemulihan mereka,” katanya. 

Pelanggan yang terlibat menghubungi Pusat Panggilan RHB di 03-9206 8118 atau mengunjungi cawangan RHB terdekat untuk mendapatkan bantuan. 

Pelanggan PKS pula boleh berhubung dengan pengurus hubungan mereka untuk sokongan yang lebih khusus.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya