Pusat Perubatan Sunway tersenarai antara hospital swasta terbaik Asia

Pusat Perubatan Sunway tersenarai antara hospital swasta terbaik Asia 2025 oleh Newsweek

SUNWAY
Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), telah diiktiraf dalam senarai teratas dalam ranking Hospital Swasta Terbaik Asia 2025 oleh Newsweek.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), telah diiktiraf dalam senarai teratas dalam ranking Hospital Swasta Terbaik Asia 2025 oleh Newsweek.

Pengiktirafan ini merupakan bukti komitmen kukuh hospital untuk mencapai kecemerlangan, khususnya dalam bidang ortopedik dan oftalmologi.

Berdasarkan senarai tersebut, SMC diiktiraf sebagai hospital terbaik di Malaysia dalam empat daripada lima prosedur utama iaitu pembedahan dan penggantian lutut, pembedahan bahu, pembedahan katarak, dan pembedahan refraktif mata.

Selain itu, ia juga berada pada kedudukan ke-2 di Asia untuk pembedahan katarak dan ke-3 di Asia untuk pembedahan refraktif mata.

SMC turut tersenarai sebagai antara 10 hospital terbaik di Asia bagi pembedahan dan penggantian pinggul (tempat ke-6), pembedahan dan penggantian lutut (tempat ke-6), dan pembedahan bahu (tempat ke-10).

“Kami sangat berbesar hati kerana disenaraikan sebagai salah satu hospital terbaik di Asia dalam bidang kepakaran utama seperti ortopedik dan oftalmologi. Ini menjadi bukti usaha berterusan kami dalam mencapai kecemerlangan klinikal.

“Pengiktirafan ini juga menzahirkan dedikasi pasukan pakar perubatan dan pengamal penjagaan kesihatan profesional lain dalam menyediakan penjagaan dan rawatan pelbagai disiplin bertaraf tinggi kepada pesakit tempatan dan antarabangsa kami,” Presiden Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway, Datuk Lau Beng
Long,

Sebagai hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, SMC terus menjadi peneraju dalam inovasi perubatan dan penjagaan pesakit. Hospital ini menawarkan 28 Pusat Kecemerlangan, disokong oleh pasukan pelbagai disiplin yang menyediakan rawatan khusus untuk pesakit dalam sistem penjagaan holistik.

SMC juga merupakan hospital swasta pertama di Malaysia yang memperoleh tiga akreditasi utama hospital iaitu The Gold Seal of Approval, Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI) dari Amerika Syarikat; Majlis Piawaian Penjagaan Kesihatan Australia (ACHS), dan Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH).

Pusat Mata Sunway yang merupakan salah satu Pusat Kecemerlangan di SMC, menawarkan perkhidmatan merangkumi pelbagai subkepakaran termasuk katarak dan refraktif mata, pemindahan kornea dan penyakit mata luar, retina perubatan dan uveitis, glaukoma, oftalmologi oculoplastik, vitreoretinal, oftalmologi pediatrik dan juling.

SMC dilengkapi dengan kepakaran dan peralatan untuk merawat dan menguruskan pelbagai jenis penyakit mata bagi memastikan penjagaan holistik dan optimum untuk pesakit.

Baru-baru ini, Pusat Mata Sunway menerima Anugerah Duta ZEISS SMILE kerana telah menjalankan 2,000 prosedur refraktif SMILE, sekali gus menunjukkan komitmen kami untuk mencapai kecemerlangan dalam penjagaan pesakit dan inovasi dalam oftalmologi melalui penggunaan teknologi terkini dan menyediakan penjagaan peribadi kepada pesakit.

Selain itu, Pusat Ortopedik Sunway di SMC menawarkan perkhidmatan penjagaan primer dan subpengkhususan yang komprehensif. Ini termasuk penjagaan trauma, pembedahan pinggul dan lutut, pembedahan tulang belakang, rawatan kaki dan buku lali, pembedahan tangan dan mikro, ortopedik pediatrik, onkologi ortopedik dan pembedahan sukan.

Bersama-sama dengan Pusat Pembedahan Robotik dan Pembedahan Invasif Minimum (MIS), SMC telah mencapai kejayaan yang memberangsangkan, termasuk dalam pembedahan penggantian pinggul dan lutut robotik yang mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records.

Pencapaian ini menekankan kepakaran pusat tersebut dan komitmen terhadap inovasi  yang tidak berbelah bahagi.

Dengan tumpuan untuk memajukan teknologi dan meningkatkan hasil pesakit, Pusat Kecemerlangan Ortopedik tekad untuk menetapkan tanda aras baharu dalam bidang ortopedik.

Anugerah terbaharu itu diraih susulan kejayaan SMC menempah kedudukan dalam ranking Hospital Terbaik Dunia Newsweek 2024, di mana ia tersenarai sebagai salah satu daripada 250 hospital terbaik di dunia. Hospital tersebut turut termasuk dalam senarai Hospital Pakar Terbaik Asia Pasifik Newsweek untuk dua tahun berturut-turut iaitu pada 2023 dan 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya