PMB umum agihan pendapatan dua dana - Utusan Malaysia

PMB umum agihan pendapatan dua dana

Dari kiri, Datuk Mohd Idzwan Izuddin Ab Rahman, Pengerusi PMB Investment; Datuk Mohamad Razali Mohamad Rahim, Pengerusi, Pelaburan MARA dan Hang Tuah Amin Tajudin, Ketua Pegawai Pelaburan PMB Investment.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PMB Investment Berhad (PMB Investment) mengumumkan agihan pendapatan dua dana bagi PMB Shariah Tactical Fund dan PMB Wholesale Sukuk Fund, masing-masing sebanyak 3.26 sen seunit dan 4.67 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Menurut kenyataan, PMB Shariah Tactical Fund mengisytiharkan agihan pendapatan sebanyak 3.26 sen seunit yang berjumlah keseluruhan RM1.2 juta.

“Nilai Aset Bersih (NAB) seunit sebelum agihan adalah RM0.7312, diselaraskan kepada RM0.6986 selepas agihan.

“Agihan ini, yang dikreditkan berdasarkan tarikh selepas 31 Disember 2024, mewakili hasil sebanyak 6.01 peratus berdasarkan penutup seunit pada 31 Disember 2024, dengan dana mencatatkan pulangan keseluruhan sebanyak 34.88 peratus, termasuk hasil 6.01 peratus untuk tempoh yang sama,” katanya.

“Sementara itu, PMB Wholesale Sukuk Fund pula mengisytiharkan agihan sebanyak 4.67 sen seunit, berjumlah RM816,735.58.

“NAB seunit sebelum agihan adalah RM1.1512, diselaraskan kepada RM1.1045 selepas agihan, mewakili hasil sebanyak 4.20 peratus untuk tahun kewangan tersebut,” katanya.

Kedua-dua agihan telah dikreditkan pada 31 Disember 2024, dengan tarikh pelaburan semula ditetapkan pada 2 Januari 2025.

Mengulas prestasi kukuh dana itu, Ketua Pegawai Pelaburan PMB Investment, Hang Tuah Amin Tajudin berkata, dengan pulangan yang luar biasa sebanyak 111.84 peratus dalam tempoh lima tahun berakhir 31 Disember 2024, PMB Shariah Tactical Fund secara konsisten memberikan hasil yang mengagumkan.

“Ini membuktikan kemampuan dana ini untuk menangani keadaan pasaran yang dinamik dengan berkesan.

“PMB Shariah Tactical Fund menggunakan strategi peruntukan aset taktikal, yang memberikan fleksibiliti untuk menyesuaikan peruntukan merentasi pelbagai kelas aset patuh shariah, termasuk ekuiti, sukuk, instrumen pasaran wang Islam, dan deposit.

“Bergantung pada keadaan pasaran, peruntukan kepada pelaburan ekuiti atau bukan ekuiti boleh berkisar antara 0 peratus hingga 100 peratus daripada NAB dana,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi PMB Investment, Datuk Mohd. Idzwan Izuddin Ab. Rahman berkata, 2024 penuh dengan cabaran, namun strategi proaktif dan pengurusan portfolio dinamik kami memastikan prestasi yang konsisten.

“Dana kami, termasuk PMB Shariah Tactical Fund, menjadi bukti komitmen kami dalam memberikan nilai kepada pelabur,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya