PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka naik 3.37 mata kepada 1,604.18 pada pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,600.81 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,603.54.
Jumlah dagangan sebanyak 81.83 juta unit bernilai RM46.71 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 162 berbanding 84, dengan 249 kaunter tidak berubah dan 1,874 tidak diniagakan.
Bagaimanapun, indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 12.19 mata kepada 2,509.71 ketika berita ini ditulis.
Sementara itu, indeks STI Singapura turun 24.38 mata kepada 3,862.60, manakala indeks Nikkei Jepun menurun 293.02 mata kepada 39,312.07. –UTUSAN