Pasaran saham dibuka lemah pagi ini

Pasaran saham dibuka lemah pagi ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka negatif apabila jatuh 3.47 mata kepada 1,555.50 pada pukul 9.14 pagi hari ini, berbanding 1,558.97 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,577.44.

Jumlah dagangan sebanyak 26.912 juta unit bernilai RM20.36 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 116 berbanding 52, dengan 191 kaunter tidak berubah dan 1,940 tidak diniagakan.

Bagaimanapun, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 21.31 mata kepada 2,536.80, manakala indeks Nikkei Jepun menurun 559.37 mata kepada 39,006.43.

Sementara itu, indeks STI Singapura juga turun 7.55 mata kepada 3,796.71 ketika berita ini ditulis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya