MR D.I.Y. perkenal kit kecemasan ‘MR D.I.Y SOS Kit’ - Utusan Malaysia

MR D.I.Y. perkenal kit kecemasan ‘MR D.I.Y SOS Kit’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peruncit barangan kelengkapan rumah kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y., memperkenalkan ‘MR D.I.Y SOS Kit’, sebuah kit kecemasan unik yang menggabungkan keperluan pertolongan cemas dan alat kecemasan untuk kenderaan.

Kit ini direka untuk membantu pengguna menangani situasi kecemasan dengan memberikan bantuan perubatan segera dan alat untuk menangani kerosakan kenderaan.

Antara kandungan kit ini termasuk ubat-ubatan dan peralatan merawat luka, alat-alat penting seperti pemecah kaca, pemotong tali pinggang keledar, pengembung tayar, pam kaki, penampal tayar dan kabel jumper.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, pihaknya melancarkan inisiatif komuniti ‘MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’ pada November 2024 dan berjanji untuk menjaga rakyat Malaysia.

“Ini termasuk memberi sokongan semasa berlaku kecemasan. ‘MR D.I.Y SOS Kit’ ini direka khas untuk membantu penyelamatan pantas dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

“Sama ada untuk luka kecil atau tayar pancit, kami mahu para pelanggan tahu bahawa MR D.I.Y. sentiasa ada untuk mereka dengan ‘MR D.I.Y SOS Kit’ ini,” katanya dalam kenyataan.

Alex berkata, setakat ini, lebih 1,300 SOS Kit telah ditempatkan di cawangan MR D.I.Y. di seluruh negara dan di tempat letak kereta beberapa pusat membeli-belah terpilih di Lembah Klang.

Katanya, antara pusat membeli-belah yang terlibat termasuk Quill City Mall dan Bloomsvale Shopping Gallery di Kuala Lumpur dan DPULZE Shopping Centre di Cyberjaya.

“SOS Kit ini adalah salah satu cara kami menambah nilai kepada kehidupan rakyat Malaysia. Kali ini dengan membuat mereka berasa lebih selamat dan yakin terhadap kesejahteraan mereka ketika berada di luar, terutamanya semasa membeli-belah.

“Kami berharap lebih banyak perniagaan dan pengendali pusat membeli-belah akan turut menyediakan SOS Kit ini di lokasi mereka. Marilah kita bersama-sama menjadikan pengalaman membeli-belah lebih selamat dan terjamin untuk semua rakyat Malaysia,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y., inisiatif ‘MR D.I.Y. PANDAi Jaga Anda’ dan MR D.I.Y SOS Kit, orang ramai boleh melayari mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, Facebook dan Instagram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya