Harga eksport, import masing-masing menokok 1.1%, 0.9%

Harga eksport, import masing-masing menokok 1.1%, 0.9% pada Disember 2024 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga eksport Malaysia meningkat 1.1 peratus daripada 149.1 mata pada bulan sebelumnya kepada 150.7 mata, manakala harga import naik 0.9 peratus daripada 126.9 mata kepada 128.0 mata pada Disember 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 

Selain itu, terma perdagangan Malaysia bertambah 0.2 peratus bulan ke bulan kepada 117.7 mata pada bulan tersebut. 

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, indeks nilai seunit eksport menginjak naik 1.1 peratus pada Disember 2024 berbanding bulan sebelumnya, disumbangkan oleh peningkatan indeks minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran (8.3 peratus), minyak galian (0.7 peratus) serta alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (0.5 peratus). 

“Pada masa yang sama, indeks volum eksport turut naik 8.5 peratus selaras dengan kenaikan indeks minyak galian (13.0 peratus), alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (12.7 peratus) dan barang-barang keluaran kilang (11.6 peratus). 

“Indeks volum eksport pelarasan bermusim berkembang 3.1 peratus daripada 159.0 mata kepada 163.9 mata. 

“Merujuk kepada perbandingan tahunan, indeks nilai seunit dan indeks volum masing-masing bertambah 1.8 peratus dan 14.8 peratus,” katanya dalam kenyataan. 

Jelasnya, Indeks nilai seunit import naik 0.9 peratus pada Disember 2024, disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak galian (4.1 peratus), makanan (0.7 peratus) dan barang-barang keluaran kilang (0.4 peratus). 

“Begitu juga, indeks volum import melonjak 6.3 peratus pada Disember 2024 berbanding bulan sebelum, disumbangkan oleh peningkatan dalam indeks alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (10.4 peratus), bahan kimia (7.2 peratus) dan barang-barang keluaran kilang (6.0 peratus). 

“Indeks volum import pelarasan bermusim turut naik 1.0 peratus daripada 199.4 mata kepada 201.4 mata. Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan indeks nilai seunit import menyusut 0.5 peratus dan indeks volum bertambah 12.5 peratus,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya