GDA miliki 75.7 peratus saham MAHB, tawaran dilanjut sehingga 17 Januari - Utusan Malaysia

GDA miliki 75.7 peratus saham MAHB, tawaran dilanjut sehingga 17 Januari

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA), konsortium yang bercadang menswastakan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) telah memegang 75.73 peratus saham syarikat pengendali kapal terbang tersebut.

Menurut makluman di Bursa Malaysia, konsortium yang terdiri daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), UEM Group Bhd. yang disokong Khazanah Nasional Bhd., Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan Global Infrastructure Partners (GIP) itu sidah memegang 70.1 peratus (1,169,277,833 saham), dengan 5.65 peratus (94,297,176 saham) penerimaan belum selesai setakat pukul 5 petang semalam.

Ini menjadikan jumlah saham yang diperoleh sebanyak 75.73 peratus dengan sejumlah 1,263,575,009 saham.

AmInvestment berkata, tawaran pengambilalihan untuk saham MAHB akan kekal pada RM11 bagi baki saham selebihnya dan tempoh telah dilanjutkan kepada Jumaat, 17 Januari 2025 daripada 8 Januari 2025.

Bulan lalu, penasihat bebas Hong Leong Investment Bank (HLIB) mengesyorkan pemegang saham menerima tawaran konsortium, menyifatkannya sebagai munasabah disebabkan oleh harga saham MAHB yang ditindas berpanjangan, walaupun tawaran itu berada di bawah penilaian saksama bebasnya iaitu antara RM12.61 dan RM13.71 sesaham.

Respon kepada saranan itu, kelima-lima pengarah bebas MAHB dalam pekeliling berkata bahawa tiada alasan yang kukuh untuk pemegang saham menerima tawaran itu, yang menurut mereka tidak menggambarkan potensi penuh MAHB, dengan mengambil kira momentum kewangannya yang positif, strategi pertumbuhan dan potensi pertambahan nilai jika ia kekal didagangkan secara terbuka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya