Forest City tarik minat 11 pelabur selepas pengumuman SFZ - Utusan Malaysia

Forest City tarik minat 11 pelabur selepas pengumuman SFZ

Syarul Izam Sarifudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 11 syarikat tempatan dan antarabangsa menunjukkan minat untuk melabur di Forest City selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelaksanaan Zon Kewangan Khas Forest City (Forest City SFZ) pada 25 Ogos 2023.

Timbalan Presiden Country Garden Pacificview Sdn. Bhd., Syarul Izam Sarifudin yakin tahun ini bakal menyaksikan perubahan signifikan dalam pembangunan dan ekonomi di Forest City.

“Kami yakin 2025 akan terus memberi lebih banyak impak positif terhadap ekonomi dan pembangunan di Forest City yang juga telah diisytihar sebagai Zon Bebas Cukai pada 15 November tahun lalu.

“Pengumuman Forest City SFZ, zon bebas cukai serta inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) bakal menjadikan kawasan ini nukleus terhadap pertumbuhan ekonomi bukan sahaja di Johor, malah Malaysia secara amnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, lawatan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi ke Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC) baru-baru ini turut menarik minat pelabur sektor kewangan antarabangsa terhadap Forest City SFZ.

“Manfaat yang terhasil daripada pelbagai inisiatif ini bukan hanya melibatkan pemain industri yang membuat pelaburan di Forest City, malah juga penduduk setempat menerusi peluang pekerjaan serta limpahan ekonomi sektor hiliran yang bakal terhasil.

“Hasil kunjungan ke Dubai, beberapa pihak telah menunjukkan minat membuat pelaburan dan membuka perniagaan mereka di Forest City SFZ pada masa depan dan antara aspek teknologi terlibat termasuk bidang Kecerdasan Buatan (AI),” katanya.

Katanya, Forest City menyokong pertumbuhan ekonomi dan infrastruktur di kawasan sekitar Gelang Patah bagi meningkatkan daya tarikan kawasan berkenaan pada masa depan.

“Pada masa depan, Gelang Patah akan menjadi destinasi pilihan menerusi pelbagai kemudahan tersedia seperti pelabuhan, akses ke Singapura, kawasan perindustrian dan kemudahan rekreasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya