Colform sasar kumpul RM41.19 juta daripada IPO pasaran ACE - Utusan Malaysia

Colform sasar kumpul RM41.19 juta daripada IPO pasaran ACE

KANG Ket Hung (tiga dari kiri) bersama barisan pengurusan dan Ketua Kewangan Korporat Mercury Securities Sdn. Bhd., Eric Chong (kanan) semasa majlis pelancaran prospektus syarikat itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Colform Group Berhad (Colform), pakar keluli dan bahan binaan di Malaysia Timur menyasarkan untuk mengumpul RM41.19 juta melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad dengan terbitan 114.42 juta saham baharu pada harga terbitan 36 sen sesaham.

Hasil daripada IPO itu, sebanyak RM9 juta akan digunakan untuk menubuhkan barisan pengeluaran salutan gegelung warna di kilang Kota Kinabalu dan RM4.5 juta bagi membina kemudahan penyimpanan baharu di Kota Kinabalu.

Selain itu, sebanyak RM5.1 juta untuk pengembangan perniagaan ke Semenanjung Malaysia, termasuk menubuhkan pejabat cawangan dan kilang pajakan di Klang, RM18.09 juta bagi tujuan modal kerja, dan RM4.5 juta pula untuk perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Urusan Colform, Kang Ket Hung berkata, pelancaran prospektus IPO itu menandakan peristiwa penting dalam sejarah kumpulan.

“Sejak penubuhan kami pada 2003, Colform telah berkembang dari permulaan yang sederhana menjadi pembekal keluli komprehensif dari konsep hingga siap.

“Kami memberikan perkhidmatan yang disesuaikan merangkumi reka bentuk, pengeluaran dan pemasangan, termasuk sistem rangka, Sistem Binaan Berindustri (IBS) Keupayaan kami.

“Ini untuk menyesuaikan diri dan berkembang dengan permintaan pelanggan yang berubah telah menjadi kunci kejayaan kami, membolehkan kami menawarkan penyelesaian yang inovatif dan dibuat khusus yang memenuhi keperluan industri,” katanya dalam kenyataan.

Permohonan untuk IPO akan ditutup pada 23 Januari 2025 dan dijangka membuat penampilan di Pasaran ACE pada 10 Februari 2025.

Pada harga IPO 36 sen sesaham, modal pasaran syarikat semasa penyenaraian akan berjumlah RM216 juta.

Beliau berkata, IPO itu akan membolehkan kumpulan mengembangkan keupayaan dengan barisan pengeluaran salutan gegelung warna baharu, meningkatkan kecekapan operasi, dan mewujudkan kehadiran di Semenanjung Malaysia.

“Berpandukan kualiti, ketepatan dan inovasi, syarikat komited mencipta nilai berkekalan untuk pemegang kepentingan kami sambil menyumbang kepada pembangunan infrastruktur Malaysia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya