PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup positif apabila naik 4.23 mata kepada 1,556.92 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,552.69 pada penutup Selasa.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,553.78.
Jumlah dagangan sebanyak 1.46 bilion unit bernilai RM1.91 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 508 berbanding 323 dengan 442 kaunter tidak berubah dan 1,070 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun naik 58.52 mata kepada 39,572.49 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 21.31 mata kepada 2,536.80, manakala indeks STI Singapura menurun 19.43 mata kepada 2,517.37.-UTUSAN