PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 1.60 mata kepada 1,602.41 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,600.81 ada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,603.54.
Jumlah dagangan sebanyak 2.51 bilion unit bernilai RM2.42 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 530 berbanding 443 dengan 551 kaunter tidak berubah dan 845 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks STI Singapura turun 59.440 mata kepada 3.803.16, manakala, indeks Kospi Korea Selatan jatuh sebanyak 61.2 mata kepada 2,515.78 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Nikkei Jepun susut 414.69 mata kepada 39.190.40.-UTUSAN