PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 3.41 mata kepada 1,629.46 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,632.87 ada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,634.94.
Jumlah dagangan sebanyak 3.68 bilion unit bernilai RM2.85 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 631 berbanding 477 dengan 502 kaunter tidak berubah dan 745 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks STI Singapura menurun 0.50 mata kepada 3.800.31 manakala, indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 1.79 mata kepada 2,441.92 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Nikkei Jepun menurun 386.62 mata kepada 39,894.54-UTUSAN