PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 9.46 mata kepada 1,632.87 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,642.33 pada penutup Rabu.
Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,641.32.
Jumlah dagangan sebanyak 2.64 bilion unit bernilai RM1.96 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 449 berbanding 580 dengan 496 kaunter tidak berubah dan 830 tidak diniagakan.
Sementara itu, Indeks STI Singapura menurun 8.130 mata kepada 3.793.57 manakala, Indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 0.55 mata kepada 2,398.94 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 386.63 mata kepada 39,894.54 – UTUSAN