PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 3.13 mata kepada 1636.00 pada pukul 9.06 pagi hari ini, berbanding 1,632.87 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,634.94.
Jumlah dagangan sebanyak 111.31 juta unit bernilai RM65.17 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 158 berbanding 124 dengan 269 kaunter tidak berubah dan 1,804 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menurun 386.62 mata atau 0.96 peratus kepada 39.894.54 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan menurun sebanyak 1.74 peratus kepada 2.3440.60 dan indeks STI Singapura turun 0.15 peratus kepada 3.819.84.-UTUSAN