BNM dijangka kekalkan OPR bagi menyokong ringgit dan inflasi - Utusan Malaysia

BNM dijangka kekalkan OPR bagi menyokong ringgit dan inflasi

OPR dijangka kekal tiga peratus tahun ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus tahun ini, bagi menyokong ekonomi dari segi pergerakan ringgit serta rasionalisasi RON95 pada separuh kedua 2025, kata Maybank Investment Bank Bhd. (Maybank IB).

Ketua Ekonominya, Suhaimi Ilias berkata, jurang kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sudah semakin mengecil apabila pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Beliau berpendapat, risiko penurunan ringgit juga akan dikurangkan oleh langkah BNM untuk menggalakkan korporat menghantar pulang dan menukar pendapatan eksport dan pendapatan pelaburan ke luar negara.

“Ini mewujudkan rizab luar, memberikan BNM peluang untuk melakukan campur tangan pasaran mata wang asing, bila-bila masa diperlukan,” katanya dalam taklimat media Prospek 2025 oleh Maybank IB melalui Zoom di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga menjangkakan kerajaan akan melaksanakan harga dua peringkat untuk RON95 pada separuh kedua tahun ini, susulan perlaksanaan rasionaliasi subsidi diesel dua peringkat pada tahun lalu yang dilihat dapat mengawal inflasi dengan baik.

“Kami berpendapat keputusan untuk melakukan penetapan harga dua peringkat ini adalah jelas berbanding sistem sebelum ini. Kita melihat pelaksanaan harga diesel dua peringkat, kesan inflasi daripada rasionalisasi subsidi bahan api telah terkawal dengan adil, sebenarnya.

“Jika mereka (kerajaan) melaksanakan sistem yang sama untuk petrol RON95, impak kepada inflasi juga seharusnya dapat dibendung,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Bersama dan Penyelidikan Ekuitinya, Lim Sue Lin mengunjurkan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) akan mengakhiri tahun ini pada 1,750 mata iaitu 15 kali daripada sasaran nisbah pendapatan harga (PER) 2026.

Katanya, ini akan didorong terutamanya oleh sektor ‘overweight’ utama iaitu perbankan selain sektor ‘overweight’ lain iaitu pengguna dan penjagaan kesihatan.

“Kami positif pada pembinaan (permainan pusat data), minyak dan gas untuk terapung, pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan (FPSO) dan teknologi iaitu perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS).
“Sektor utama lain termasuk hartanah, perladangan, syarikat telekomunikasi dan utiliti adalah ‘neutral’, manakala petrokimia adalah satu-satunya dengan penarafan ‘underweight’,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Pertukaran Mata Wang Asing, Saktiandi Supaat berkata, ringgit dijangka akan berada sekitar RM4.60 berbanding dolar AS bagi suku pertama tahun ini dan akan mengakihir 2025 pada RM4.45.

“Ringgit telah terjejas teruk dengan kemenangan Donald Trump pada Pilihan Raya AS memandangkan pendedahan eksportnya yang besar dan oleh itu kerentanannya terhadap tarif.

“Namun, kami percaya ringgit akan menghadapi cabaran ini dengan beberapa kedudukan kekuatan iaitu kerajaan komited kepada laluan penyatuan fiskal, yang akan menyokong keyakinan terhadap bon negara.

“Negara ini menghadapi kitaran naik pelaburan di tengah-tengah persekitaran perniagaan yang menyokong, selain pertumbuhan berkemungkinan kekal kukuh, menjadi faktor positif untuk sentimen,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya