Ajinomoto lancar kempen ‘SSSavour the flavours’

Ajinomoto lancar kempen ‘SSSavour the flavours’ Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad melancarkan Kempen Beli & Menang ‘SSSavour the flavours’ sempena meraikan Tahun Baharu Cina dan berpeluang membawa pulang hadiah menarik bernilai RM68,888, termasuk jongkong emas. 

Menurut kenyataan, kempen itu berlangsung dari 15 Disember 2024 hingga 13 Februari 2025, pada masa sama kempen ini dapat memeriahkan musim perayaan anda bersama yang tersayang. 

“Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk membawa pulang hadiah lumayan sambil menikmati produk Ajinomoto (Malaysia) kegemaran anda. 

“Cara penyertaannya adalah anda perlu membeli produk Ajinomoto bernilai RM15 (minimum) dalam satu resit. Kemudian, ambil gambar resit anda dan hantarkan gambar melalui WhatsApp ke 016-925-5660 atau melalui laman web smartcooking.com.my,” katanya. 

Menurutnya, 30 pemenang akan menerima Kredit T&G bernilai RM288 sebagai hadiah sagu hati, manakala 8 pemenang bertuah setiap minggu akan memenangi Kredit T&G bernilai RM88. 

“Sebagai bonus, setiap peserta akan mendapat 500 Mata Smart yang boleh ditebus untuk ganjaran di smartcooking.com.my.

“Menerusi kempen menarik ini, kami berhasrat untuk memeriahkan sambutan perayaan anda dengan penuh keceriaan, dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, sesuai dengan moto kami, ‘Eat Well, Live Well.’,” katanya.-UTASAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya