Winstar catat premium 40% di Pasaran ACE - Utusan Malaysia

Winstar catat premium 40% di Pasaran ACE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Winstar Capital Berhad (Winstar) membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad pada 45 sen sesaham, premium 40 peratus atau 14 sen berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 35 sen sesaham.

Winstar telah berjaya mengumpul sebanyak RM19.79 daripada IPO, Winstar merancang untuk menggunakan RM9.55 juta (48.25 peratus) bagi pembelian mesin ekstrusi aluminium dan peralatan baharu untuk kilang pembuatan baharunya.

Selain itu, sebanyak RM6.24 juta (31.54 peratus) untuk modal kerja am, manakala RM4 juta (20.21 peratus) untuk membayar perbelanjaan penyenaraian.

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif Winstar, Vincent Chua Boon Hong berkata, pihak peka terhadap peluang yang datang daripada pelbagai projek pembinaan dan hartanah baharu yang akan dilancarkan oleh syarikat pembinaan dan pemaju hartanah Malaysia.

“Kami juga cakna terhadap projek tenaga boleh diperbaharui solar PV di bawah Pelan Peralihan Tenaga Nasional oleh pelbagai pemilik aset solar PV.

“Kami percaya bahawa Winstar dapat menyesuaikan diri dengan cepat terhadap perubahan pasaran dan membangunkan produk baharu untuk meluaskan capaian kami ke segmen pasaran baharu,” katanya selepas majlis penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi, Lee Yong Zhi berkata, Winstar merancang memasang empat lagi talian ekstrusi aluminium dengan kapasiti gabungan sebanyak 8,580 tan setahun.

“Ini dijangka meningkatkan kapasiti operasi pengilangan Winstar daripada 6,705 tan setahun pada masa ini kepada 15,285 tan setahun.

“Kami menyasarkan pemasangan dua talian penyemperitan baharu pertama menjelang suku kedua 2025, dengan dua talian penyemperitan baharu yang lain menjelang suku kedua 2026,” katanya.

Menurutnya, Winstar mempercepatkan pertumbuhannya dalam pasaran tenaga boleh diperbaharui dan aluminium dengan memanfaatkan peluang daripada inisiatif Solar Skala Besar 5 (LSS5) Malaysia.

“Kami menyasarkan untuk meraih lima peratus daripada pasaran struktur pemasangan solar LSS5 bernilai RM10 bilion, yang dianggarkan membawa potensi hasil sebanyak RM500 juta.

“Bagi mencapai matlamat ini, Winstar sedang meningkatkan keupayaan pengeluarannya, dengan blok kilang I03 dijangka memulakan operasi pada suku kedua 2025,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya