VentureTECH, MTC Orec kerjasama pembangunan loji biometan 

VentureTECH, MTC Orec umum kerjasama percepat pembangunan loji biometan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: VentureTECH Sdn. Bhd. (VentureTECH), sebuah syarikat pelaburan impak, mengumumkan pelaburan strategik dalam MTC Orec Sdn. Bhd. (MTC Orec), sebuah syarikat bumiputera yang pakar dalam sektor bioenergi. 

Kerjasama ini bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan loji biometan MTC Orec, menekankan komitmen kedua-dua syarikat dalam memupuk pertumbuhan mampan dan inovasi tenaga boleh diperbaharui.

Pelaburan VentureTECH akan memudahcarakan pembangunan loji biometan baru di wilayah Utara dan Pantai Timur Malaysia. 

Ketua Pegawai Eksekutif VentureTECH, Ahmad Redzuan Sidek berkata, pelaburan VentureTECH menekankan dedikasinya dalam menyokong syarikat yang berfikiran ke hadapan yang memberi pertumbuhan ekonomi dan kemampanan alam sekitar. 

“Kepakaran MTC Orec dalam bioenergi dan sumbangannya kepada matlamat tenaga boleh diperbaharui Malaysia menjadikannya rakan kongsi yang ideal. 

“Kerjasama ini bukan sahaja akan mengurangkan pelepasan karbon dan menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui, tetapi juga mencipta peluang besar untuk syarikat bumiputera dan komuniti tempatan. 

“Bersama-sama, kami membuka jalan untuk landskap tenaga yang lebih mampan dan inklusif,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, melalui kerjasama ini, kedua-dua syarikat memupuk penciptaan pekerjaan bernilai tinggi dan membangunkan kepakaran kejuruteraan, terutamanya di kawasan luar bandar dan yang kurang mendapat perhatian. 

“Projek-projek inovatif MTC Orec sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk pertumbuhan mampan dan inklusif, memacu transformasi sosial dan ekonomi yang positif,” katanya.

Selain itu, pelaburan ini akan membolehkan pelaksanaan projek biometan dengan kerjasama pemain utama dalam industri minyak dan gas, yang dijadualkan untuk bermula pada tahun 2025. 

Jelasnya, usaha ini dijangka memberi sumbangan besar kepada matlamat tenaga boleh diperbaharui Malaysia, memupuk pertumbuhan mampan dan mengukuhkan komitmen negara dalam mengurangkan emisi karbon.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya