PETALING JAYA: Trinity Group, pemaju terkemuka di Lembah Klang memfokuskan keselamatan penduduk dengan melengkapkan lima pembangunan utama mereka dengan Defibrilator Luaran Automatik (AED) dan peralatan bantuan mobiliti dalam langkah yang inovatif untuk landskap kediaman Malaysia. Inisiatif ini melengkapkan pembangunan mereka iaitu Trinity Lemanja, Zeva @ Equine South, Trinity Aquata, Trinity Pentamont dan Trinity Wellnessa dengan AED, pengusung dan kerusi roda. Peralatan yang ditempatkan secara strategik ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 11,000 penduduk, memberikan sokongan segera dalam situasi kritikal. Pengasas dan Pengarah Urusan Trinity Group, Datuk Neoh Soo Keat berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya