SOALAN sinis seperti ‘Ada masa depan ke kalau kerja jual coklat?’ sering diajukan kepada pasangan suami isteri, Farhan Zainuddin dan May Sarah Nadiah yang nekad mengasaskan jenama Chocodap’s di bawah syarikat FS Mega World Sdn. Bhd. Keputusan meninggalkan kerjaya tetap untuk menceburi dunia perniagaan coklat bukanlah langkah mudah. Namun, berbekalkan pengalaman dan semangat berniaga yang dipupuk sejak kecil, May Sarah yakin perniagaan itu mampu mengubah kehidupan mereka. “Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang berkongsi minat yang sama. Sebagai ibu kepada tiga anak, perjalanan kami bermula dengan pelbagai cabaran besar.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya