SME Bank bersedia bantu usahawan dan perniagaan terjejas banjir - Utusan Malaysia

SME Bank bersedia bantu usahawan dan perniagaan terjejas banjir

Tinjauan dari udara menunjukkan keadaan banjir di sekitar rumah penduduk kampung di Kampung Matang, Hulu Terengganu semalam. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) bersedia untuk memberikan sokongan kepada semua pelanggannya berikutan banjir yang menjejaskan mata pencarian dan operasi perniagaan melalui bantuan pembiayaan yang sedia ada.

Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Dr Mohammad Hardee Ibrahim berkata, bank memahami cabaran yang dihadapi oleh semua pelanggan akibat banjir baru-baru ini.

Katanya, pihaknya bersedia membantu dengan kemudahan pembiayaan sedia ada dalam usaha untuk membantu mereka mengharungi tempoh yang mencabar ini.

“Sebagai sebahagian daripada usaha SME Bank, kami menggalakkan pelanggan yang terjejas untuk menghubungi kami bagi meneroka pilihan bantuan pembiayaan bagi kemudahan sedia ada serta bantuan lain.

“Selain itu, SME Bank bersedia untuk menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang memerlukan pembiayaan tambahan melalui Kemudahan Bantuan Bencana (DRF), di mana SME Bank merupakan salah satu institusi kewangan yang terlibat untuk menggerakkan dana oleh Bank Negara Malaysia ini.

“Kemudahan tersebut menawarkan pembiayaan sehingga RM700,000 untuk PKS dan RM150,000 untuk perusahaan mikro, dengan kadar pembiayaan yang kompetitif sebanyak 3.5 peratus setahun (termasuk yuran jaminan) dan tempoh pembiayaan sehingga tujuh tahun,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, SME Bank sentiasa menyokong semua pelanggannya, terutamanya dalam keadaan yang mencabar, sama ada semasa pandemik Covid-19 atau bencana alam seperti banjir.

“Dari tahun 2022 hingga 2023, program bantuan kami telah memanfaatkan sebanyak 3,855 pelanggan dengan jumlah nilai tertunggak RM6.01 billion,” ujarnya.

SME Bank menggesa pelanggan yang terjejas akibat banjir untuk menghubungi Pengurus Perhubungan masing-masing atau menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan bank di 0326037700.

Pelanggan juga boleh melayari laman web rasmi Bank www.smebank.com.my dan saluran media sosial untuk maklumat terkini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya