SCIP terajui pengurusan sisa mampan - Utusan Malaysia

SCIP terajui pengurusan sisa mampan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sunway City Iskandar Puteri (SCIP) dengan kerjasama SWM Environment Sdn Bhd. menetapkan tahap baharu bagi komuniti yang mengutamakan alam sekitar dan melancarkan sistem pengurusan sisa mampan berasaskan awan yang pertama di Johor.

Menurut kenyataannya, sistem berasaskan awan yang inovatif memperkasa kerja pemantauan dan analisis data kitar semula SCIP di seluruh perbandaran.

Dengan platform ini, SCIP memperoleh data masa nyata tentang kadar kitar semula yang dapat meningkatkan pengawasan terhadap inisiatif kemampanan dan pengurusan sumber.

Ketua Pegawai Eksekutif SCIP, Gerard Soosay berkata, Sunway Property kekal berdedikasi terhadap penyelesaian inovatif untuk memajukan usaha kelestarian dengan cara yang praktikal dan berkesan.

“Komitmen kami berakar umbi daripada tenaga dan semangat pasukan kami yang terdiri daripada belia untuk memacu inisiatif ke arah masa depan yang lebih hijau untuk Iskandar Puteri.

“Sebagai satu daripada perbandaran Malaysia yang berfokus pada masa hadapan, kami komited untuk menetapkan penanda aras baharu dalam pembangunan mampan yang bertujuan untuk membuka jalan bagi kehidupan lestari yang berkesan di SCIP,” katanya dalam kenyataan.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, kerjasama ini adalah langkah penting yang membolehkan KITARecycle mengembangkan lagi penyelesaian data berasaskan awan dan melengkapi usaha sedia ada.

“Ini untuk mendigitalkan system kitar semula yang berasaskan insentif, sambil menyokong komitmen rakan korporat kami terhadap inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG),” jelasnya.

Berdasarkan sistem kemampanan perbandaran yang sedia ada, SCIP berjaya mengalihkan sisa daripada tapak pelupusan.

Sejak 2018, SCIP telah mengumpul lebih 260,000 kilogram (kg) barang kitar semula melalui Sunway Big Box, Sunway Hotel Big Box, SJK (C) Cheah Fah dan Sunway International School, yang telah dijayakan dengan sokongan Badan Pengurusan Bersama Kediaman.

Dengan pendekatan berasaskan data yang baharu, SCIP menyasarkan untuk meningkatkan lagi pengalihan sisa daripada tapak pelupusan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Iklan Iskandar Puteri 2030 (IPCAP 2030). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya