PETALING JAYA: Penganalisis ekonomi menjangkakan ringgit akan mencecah ke paras sekitar RM4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir 2025 disebabkan prospek ekonomi Malaysia yang baik. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, jangkaan itu juga dilihat berikutan unjuran kadar dasar semalaan (OPR) yang bakal dikekalkan pada paras tiga peratus bagi tahun hadapan. “Ringgit mengukuh juga sebenarnya kebanyakannya disebabkan faktor luaran seperti dasar ekonomi Trump 2.0 dan juga prospek kadar faedah di AS yang mana penurunannya dijangka akan lebih perlahan, terutama apabila kadar inflasi masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya