Public Bank Scam Ranger perkasa komuniti perangi penipuan

Public Bank Scam Ranger perkasa komuniti perangi penipuan

public bank
Adnan Zaylani (di tengah) bergambar bersama-sama anggota PB Scam Ranger selepas mengunjungi reruai Public Bank di Karnival Celik Kewangan di Pusat Beli-belah East Coast, Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PB Scam Ranger Public Bank berjaya menghalang lebih daripada 3.42 juta urus niaga oleh seramai 1.12 juta orang pelanggan bernilai kira-kira RM1.65 bilion daripada terjerumus dalam akaun keldai setakat bulan September tahun ini sejak pelancarannya pada bulan Jun.

PB Scam Ranger merupakan inisiatif yang melibatkan pasukan pakar keselamatan siber yang menjelajah ke serata Malaysia untuk memberi kesedaran dan mendidik orang ramai mengenai trend penipuan terkini.

Anggota PB Scam Ranger yang menaiki van yang mempunyai logo kempen “Scam Prevention”, bergerak dari satu cawangan ke satu cawangan Public Bank untuk mengadakan sesi pendidikan, kuiz, pameran interaktif dan pertukaran maklumat dengan para pelanggan dan orang ramai pada Acara Promosi Produk Bank yang diadakan baru-baru ini.

PB Scam Ranger turut mengambil bahagian dalam acara besar seperti Business Foresight Forum 2024 di Dewan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya serta Karnival Celik Kewangan anjuran  Bank Negara Malaysia (BNM) yang turut dihadiri oleh Timbalan Gabenor Bank Negara, Adnan Zaylani
di sebuah pusat beli-belah di Kuantan, Pahang.

“Kami terus meningkatkan amalan terbaik dalam melindungi akaun pelanggan kami. Ini termasuk bekerjasama secara rapat dengan pihak berkuasa bagi menangani scam dan penipuan yang semakin berleluasa.

“Pelanggan juga diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil tahu tentang pelbagai modus operandi scam dan penipuan terkini,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Tay Ah Lek, dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, sejak pengenalan tempoh bertenang untuk urus niaga yang dibuat oleh pelanggan, urus niaga bernilai kira-kira RM2.7 juta oleh lebih daripada 530 orang pelanggan Public Bank berjaya dihalang daripada lesap akibat aktiviti penipuan.

Selain itu, Public Bank mengguna pakai pendekatan pelbagai saluran untuk mendidik pelanggan melalui penggunaan titik sentuhan digital seperti kempen e-mel, platform media sosial, amaran keselamatan melalui papan iklan dan antara muka perbankan dalam talian dan mudah alih bagi memerangi potensi ancaman.

Sekiranya pelanggan mendapati aktiviti yang meragukan dalam akaun bank mereka atau mengesyaki berlakunya penipuan, pelanggan boleh menghubungi Talian Hotline 24 Jam Pengurusan Kes, Sokongan Digital Public Bank melalui 03-2177 3555.

Selain itu, pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan melalui 997 antara pukul 8 pagi hingga 8 malam setiap hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya