Pelabur asing jual bersih ekuiti RM1.07 bilion tempatan minggu lalu

Pelabur asing jual bersih ekuiti RM1.07 bilion tempatan minggu lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelabur asing terus menjual bersih ekuiti Malaysia berjumlah RM1.07 bilion bagi minggu kesembilan berturut-turut pada minggu lalu, menurut MIDF Research.

Firma penyelidikan itu berkata, mereka merekodkan jualan bersh setiap hari pada minggu lepas, dengan aliran keluar tertinggi dicatatkan pada Selasa sebanyak RM368 juta.

Katanya, ia diikuti pada Jumaat  sebanyak RM235.2 juta, Isnin (RM176.3 juta), Rabu (RM150.2 juta) dan Khamis (RM135.4 juta).

“Sektor yang mencatatkan aliran masuk asing bersih tertinggi adalah hartanah (RM42.6 juta), teknologi (RM40.2 juta) dan perladangan (RM29.4 juta), manakala sektor yang mencatatkan aliran keluar asing bersih tertinggi ialah perkhidmatan kewangan (RM500.5 juta), penjagaan kesihatan (RM168.9 juta) dan utiliti (RM160.5 juta),” katanya dalam Laporan Aliran Dana hari ini.

Sementara itu, institusi tempatan terus menyokong bursa tempatan untuk minggu kesembilan berturut-turut, dengan pembelian bersih berjumlah RM1.05 bilion dalam ekuiti domestik.

Sebaliknya, peruncit tempatan menjadi pembeli bersih ekuiti domestik, mencatatkan pembelian bersih RM13.8 juta selepas jualan bersih empat minggu berturut-turut.

Selain itu, purata volum dagangan harian (ADTV) meningkat merentas sema kategori pelabur minggu lepas.

“Pelabur runcit tempatan dan pelabur asing mencatatkan peningkatan dua angka, masing-masing meningkat sebanyak 10.2 peratus dan 20.9 peratus, manakala pelabur institusi tempatan menyaksikan peningkatan yang lebih sederhana sebanyak 5.7 peratus,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya