PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 2.60 mata kepada 1,604.68 pada pukul 9.04 pagi hari ini, berbanding 1,602.08 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,603.86
Jumlah dagangan sebanyak 62.46 juta unit bernilai RM33.04 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi ssebanyak 117 berbanding 101, dengan 234 kaunter tidak berubah dan 2,072 tidak diniagakan.
Bagaimanapun, indeks STI Singapura turun 6.54 mata kepada 3,802.73, manakala indeks Nikkei Jepun menurun 322.64 mata kepada 39,526.50.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan juga turun sebanyak 2.46 mata kepada 2,479.66 ketika berita ini ditulis.-UTUSAN