Carissa RT1 penuhi keperluan keluarga moden di Klebang

Carissa RT1 penuhi keperluan keluarga moden di Klebang

CARISSA RT1 di Klebang Putra 3 dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM17 juta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

M K Land Holdings Berhad menawarkan projek perumahan rumah teres dua tingkat Carissa RT1 di Klebang Putra 3 dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM17 juta untuk 48 unit kediaman.

Projek itu menampilkan rumah yang selesa dan strategik, dengan harga yang berpatutan untuk memenuhi keperluan keluarga moden.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan M K Land, Ahmad Soalahuddin Al-Thani Ahmad Termizi berkata, M K Land amat berbangga untuk melancarkan rumah teres dua tingkat, Carissa RT1 di Klebang Putra 3 sebagai sebahagian daripada komitmen untuk terus memenuhi keperluan pasaran yang pelbagai.

“Projek ini menyediakan peluang kepada lebih ramai pelanggan untuk memiliki rumah impian mereka di lokasi yang strategik, hanya beberapa minit dari bandar Meru Raya dan Klebang.

“Projek perumahan ini ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu bermula dari RM391,902 sahaja.

“Kami berharap projek pembangunan terbaharu M K Land di Ipoh ini akan menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari rumah yang selesa dengan akses mudah ke pelbagai pusat kemudahan penting di sekitar Ipoh,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas beliau, M K Land bukan sahaja komited dalam memenuhi keperluan pembeli rumah moden tetapi juga memastikan elemen kelestarian diterapkan dalam reka bentuk dan pembangunan projeknya. 

“Sebagai contoh, projek Carissa RT1 menonjolkan ciri-ciri mesra alam yang menyumbang kepada gaya hidup lebih mampan. 

“Rumah-rumah di projek ini menggunakan cat berwarna terang bagi memantulkan haba yang membantu mengekalkan suhu dalaman yang lebih sejuk secara semula jadi. 

“Selain itu, tingkap casement digunakan untuk meningkatkan pengaliran udara dalam rumah, memberikan suasana yang lebih nyaman dan selesa,” katanya

Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Projek Ipoh M K Land, Norida Abu Kassim berkata, rumah teres dua tingkat Carissa RT1 di Klebang Putra 3 adalah projek unik M K Land kerana ia menawarkan kediaman lengkap dengan empat bilik tidur dan tiga bilik air.

“Projek ini sesuai untuk keluarga yang mencari rumah kediaman di lokasi yang strategik dan mementingkan keselesaan.

“Dengan saiz 20’ x 65’ dan keluasan 1,651 kaki persegi, kami percaya bahawa rumah ini akan memenuhi keperluan hidup moden sambil menawarkan lokasi yang sangat strategik.

“Ia berdekatan dengan Jalan Pintas Meru-Klebang, memudahkan akses ke semua lokasi utama di sekitar Ipoh.

“Tambahan pula, projek ini yang berdekatan dengan Bandar Meru Raya dan pusat perniagaan Klebang dengan hanya dalam lingkungan tiga kilometer (km) dan dua km sahaja, memberikan kelebihan dan nilai tambah kepada bakal pembeli,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, reka bentuk rumah itu juga mengutamakan penggunaan kaca sebagai sebahagian bahan binaan utama untuk memastikan pencahayaan semula jadi yang maksimum dalam setiap unit. 

“Ini bukan sahaja menjimatkan tenaga elektrik pada waktu siang, malah menyuntik suasana yang lebih cerah dan segar di dalam rumah.

“Kawasan perumahan yang berpagar ini juga menampilkan reka bentuk fasad yang menarik dan unik, menjadikan Carissa RT1 berbeza daripada projek perumahan lain di Ipoh,” katanya.

Sebagai pengiktirafan terhadap usaha ini, M K Land baru-baru ini telah memenangi dua anugerah berprestij iaitu Anugerah Pembangunan Kediaman Terbaik di GreenRE’s Sustainable Development Awards (SDA) 2024 dan Anugerah Kecemerlangan dalam Sektor Pembangunan Hartanah di Malaysia Excellence Business Awards (MEBA) 2024. 

Kejayaan ini menjadi testimoni kukuh terhadap reputasi M K Land sebagai pemaju hartanah terkemuka di Malaysia yang turut mengutamakan elemen kelestarian dalam setiap reka bentuknya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya