Bursa Malaysia ditutup lemah hari ini

Bursa Malaysia ditutup lemah hari ini

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia tutup lemah 2.46 mata kepada 1,608.97 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,611.43 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,612.65.

Jumlah dagangan sebanyak 2.74 bilion unit bernilai RM2.64 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 535 berbanding 513 dengan 562 kaunter tidak berubah dan 867 tidak diniagakan.

Bagaimanapun, indeks Nikkei Jepun naik 207.08 mata atau 0.53 peratus, kepada 39,367.58 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura juga menaik 18.24 mata atau 0.48 peratus kepada 3,813.16, manakala indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 57.26 mata atau 2.43 peratus kepada 2,417.84.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya