Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur

BURSA Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia bercampur-campur hari ini, apabila menurun 0.07 mata kepada 1,602.92 pada pukul 9.01 pagi, berbanding 1,602.99 pada penutup Selasa.

Bagaimanapun, indeks penanda aras dibuka tinggi 1,603.58.

Jumlah dagangan sebanyak 121.99 juta unit bernilai RM18.83 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 95 berbanding 62 dengan 231 kaunter tidak berubah dan 2,034 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menaik 201.89 mata atau 0.52 peratus kepada 39.332.32 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 0.11 peratus kepada 2.443.22 manakala indeks STI Singapura menurun 0.25 peratus kepada 3.759.99.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya