Azman Shah dilantik CEO MMC Ports baharu - Utusan Malaysia

Azman Shah dilantik CEO MMC Ports baharu

AZMAN SHAH MOHD YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MMC Port Holdings Sdn. Bhd. (MMC Ports), ahli Kumpulan MMC, mengumumkan pelantikan Datuk Azman Shah Mohd. Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baharu berkuat kuasa 1 Disember 2024.

Azman Shah, 55, mempunyai lebih daripada 30 tahun pengalaman dengan pendedahan yang luas termasuk analisis pelaburan, kewangan korporat, strategi korporat, pembangunan perniagaan dan pengurusan pelabuhan. 

Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Northport (Malaysia) Bhd. (Northport) pada 2016 dan memegang beberapa jawatan penting, termasuk Pengerusi Port Klang Cruise Terminal Sdn. Bhd., Pengarah Klang Port Management Sdn. Bhd. dan Pengarah Northport Distripark Sdn. Bhd.

Azman Shah juga memegang jawatan sebagai Naib Presiden Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI), Ahli Majlis dan Timbalan Bendahari National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia (NCCIM), Ahli Jawatankuasa Eksekutif Malaysian Biomass Industries Confederation (MBIC) dan Presiden London School of Economics Alumni Society of Malaysia,” katanya dalam kenyataan. 

Selain itu, MMC Ports dalam kenyataan berkata, dengan peralihan Azman Shah ke MMC Ports, Northport, salah satu pelabuhan di bawah MMC Ports turut mengumumkan pelantikan Fakhrul Azhar Tajudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuat kuasa 1 Disember 2024, bagi mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Azman Shah. 

“Fakhrul Azhar, 48, mempunyai 25 tahun pengalaman luas dalam industri pelabuhan dan logistik. Sebelum pelantikan ini, beliau berkhidmat sebagai Pengurus Besar Operasi Terminal di Northport. 

“Selain itu, pelabuhan juga turut mengumumkan pelantikan G. Ulaganathan, 57, sebagai Ketua Pegawai Operasi, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

“G. Ulaganathan,mempunyai kerjaya yang cemerlang selama 28 tahun dalam industri yang sama. Sebelum peranan barunya, beliau adalah merupakan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial dan Logistik di Northport,” katanya. 

MMC Ports menjelaskan, pelantikan ini merupakan langkah ke hadapan yang strategik bagi Northport dalam meneruskan perjalanan inisiatif Reinventing Northport. 

“Fakhrul Azhar dan G. Ulaganathan telah secara konsisten menunjukkan kepemimpinan yang cemerlang, kepakaran industri yang luas, dan komitmen yang tinggi terhadap inovasi dan kecemerlangan operasi,” katanya. 

Sementara itu, Azman Shah berkata, beliau yakin gabungan visi dan dedikasi mereka bukan sahaja akan mengukuhkan kedudukan Northport di dalam industri, tetapi juga menetapkan penanda aras baru untuk pertumbuhan dan kelestarian syarikat.

“Kepimpinan mereka akan meletakkan Northport ke tahap yang lebih tinggi dan memastikan kejayaan yang berterusan dalam landskap global yang semakin dinamik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya