AMB tawar hadiah percutian ke Jepun menerusi kempen AJINOMOTO Gyoza x One Piece 2025 - Utusan Malaysia

AMB tawar hadiah percutian ke Jepun menerusi kempen AJINOMOTO Gyoza x One Piece 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) melancarkan kempen AJINOMOTO Gyoza x One Piece 2025 yang turut menawarkan hadiah menarik bernilai RM35,000 termasuk hadiah utama percutian lima hari empat malam ke Jepun.

Menurut kenyataan, kempen itu bermula pada 16 Disember (hari ini) dan menggabungkan keistimewaan AJINOMOTO Gyoza dengan dunia One Piece, barangan edisi terhad One Piece dan pelbagai hadiah menarik.

“Cara Penyertaan cukup mudah dengan membeli satu pek AJINOMOTO Gyoza dan hantar resit pembelian melalui WhatsApp atau lawati smartcooking.com.my.

“Hadiah menarik bernilai RM35,000 menanti dan selain percutian ke Jepun, kami juga menawarkan lawatan ke Splash Mania dan hadiah mingguan eksklusif,” katanya.

Jelasnya, AJINOMOTO Gyoza, yang diperakui Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menampilkan kulit keemasan yang rangup dengan daging ayam dan sayur-sayuran segar.

“Hidangan ini bukan sahaja memikat selera, malah mampu mencipta momen indah bersama.

“Jadi, pada musim perayaan ini, ayuh sertai pengembaraan yang tidak akan dilupakan bersama AMB apabila kami bekerjasama dengan kru legenda One Piece Straw Hat!,” katanya.

One Piece siri popular Jepun karya Eiichiro Oda yang mengisahkan pengembaraan Monkey D. Luffy bersama krunya dalam misi mencari harta karun legenda, “One Piece”.

Siri itu terkenal dengan jalan ceritanya yang menarik, watak-watak yang unik, serta bertemakan persahabatan dan pengembaraan dalam mengejar impian mereka.

AMB menyeru pelanggan untuk mengumpulkan Nakama (rakan-rakan yang berkongsi pengalaman) dan sertai keseronokan di jelajah AJINOMOTO Gyoza dari Disember 2024 hingga Mac 2025.

“Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti ini di Lot 10 dari 23 hingga 29 Disember 2024 yang menawarkan sampel percuma, permainan interaktif, dan cabutan bertuah yang menarik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya